Sunday, October 22, 2017

Bab 3


Bab 3





Dear.. Jangan belikan saya sotong pedas tau. Saya tak makan pedas sangat!

Pesanan yang kelima itu dibaca. Dalam sejam sudah lima kali cikgu itu menghantar mesej. Mesej yang berlainan!

Orked hanya memandang sepi. Jarinya kaku untuk digerakkan. Tiada sebarang perkataan yang dibalas. Satu jam lima mesej?

Dear..

Cikgu tu suka sangat panggil dear. Pandai-pandai jer tukar nama orang! Penat mak kat kampung belek pokok bunga orked dia. Tu yang dapat ilham letakkan kat surat beranak anak dia ni.

Orked tu klasik tau. Saiful Nang tu pun bubuh nama Orked kat anak perempuan dia!

Telefon bimbit Orked yang tiba-tiba berbunyi menyentakkan Orked. Jauh rupanya dia sudah mengelamun.

Eh?

Nak apa lagi dia ni? Lima pesanan tak cukup lagi ke?

Nafas ditarik dalam-dalam, perlahan Orked hembuskan. Selepas disentuh ikon ganggang berwarna hijau, cepat telefon dilekapkan ke telinga.

“Hello, assalammualaikum. Nak pesan apa-apa WhatAsap saja saya. Saya jumpa panglima.” Suaranya seakan berbisik.

Terus saja Orked matikan panggilan. Bibir tersengih sendiri.

Panglima?

Mana ada! Padan dengan muka hang cikgu! Kena tipu dengan Orked Nazneen ni. Hati Orked ketawa jahat.

“Assalammualaikum leftenan.”

“Waalaikummusalam.” Orked menoleh untuk melihat empunya suara yang menyapa dia.

Pastilah  suara itu menegur dia. Cuma dia saja yang sedang duduk di situ. Anggota dia yang lain sedang mencari makanan untuk mereka makan. Orked pula sedang menyemak kertas kerjanya untuk kali terakhir.

Bebola mata Orked sudah statik. Kelopak matanya tidak berkelip. Tubuh segak di hadapannya direnung. Dia?

Pangkat di bahunya dikerling oleh Orked....

“Tuan!” Serta merta dia menabik hormat pegawai yang memakai pangkat Leftenan Komander itu.

Leading Zul kata, dia dah pi KK. Tapi.... Jangan kata sebab pakai Leftenan Komander tu dia balik ke pengkalan ni!
Alahai..

Hati Orked sudah mula hilang tempo. Rentaknya sudah tidak sekata seperti tadi.

Tuan Fairuz...

Allahuakhabar! Macam mana la boleh terjumpa denga dia di sini?

“Apa khabar Orked?” Suara lelaki itu masih seperti dulu. Berbahasa basi menanya khabar.

“Alhamdulillah sihat. Tuan?”

“Tak payahlah  bertuan-tuan dengan saya. Bukan kita tak kenal pun. Dua tahun kita kerja dalam satu pasukan.”

Dua tahun.. Argh mengapalah  disebut perkataan dua tahun itu?

Lelaki yang di hadapan Orked ini pernah menghulurkan cinta. Tapi, Orked Nazneen tidak pernah menyambutnya.

Perasaan itu tak pernah ada untuk lelaki ini. Dan.. Mungkin juga tetap tiada untuk hari ini.

“Mana boleh saya sapa tuan dengan nama saja? Leftenan Komander tu lebih tinggi dari leftenan. Tuan pegawai saya sekarang. Bukan rakan sepasukan. Walaupun kawan, tetap perlu menghormati pangkat di bahu tuan. Apatah lagi kita sedang berunifom penuh sekarang ni.” Orked tenang berbicara. Tiada lagi kata kata-kata penolakan seperti di atas kapal.

Dulu.. Bagaimana samudera itu bergelora, begitulah perasaan Fairuz. Penasaran Fairuz dibuatnya Orked. Hati Fairuz selalu saja terumbang ambing disebabkan oleh gadis itu.

Dia.. Bagaikan burung merpati. Diberikan makanan, hinggap di tanah. Bila dekat dia terbang tinggi. Begitulah Orked Nazneen. Berkawan, dia sedia tampung bahu untuk suka dan duka bersama. Berkasih? Awal-awal lagi sudah dia meletakkan batu sempadan!

“Awak tak pernah berubah Orked.” Akhirnya Fairuz menggeleng kepala.
Senyuman yang melekukkan kedua pipi gadis itu ditatap. Rindu terlerai juga melihat manisan senyuman itu.

“Tuan, nama diberikan kepada kita takkan pernah berubah sejak lahir hingga hembusan nafas terakhir. Dan dalam diri kita ni.. Memang ada sifat yang takkan berubah.”

“Ya.. Saya faham. Jaga diri. Assalammualaikum.” Orked menabik hormat kembali Fairuz. Mengiringi langkah lelaki itu dengan pandangan kosong. Sekosong perasaan hatinya terhadap lelaki itu.

Hati dan perasaan memang tak boleh dipaksa. Tapi ada orang masih tak faham juga lagi. Najman. Dia menelefon lagi.

Orked mendengus sebelum menjawab telefonnya yang berdering, “Awak, kan saya kata WhatsApp aje saya!”

“Leceh la dear. Ni.. Nak bagi tau. Bateri saya dah tukar semalam. Pagi ni, enjin saya dah panaskan.” Ujar Najman.

Orked ketap bibir.

Ni nak marah ke nak apa ek? Tapi dia dah tolong aku.

 Terpaksalah Orked menahan sabar dengan kerenah Cikgu Najman si jiran sebelah rumah.

“Terima kasih. Petang nanti saya pergi cari sotong yang awak kirim tu.”  Balas Orked sedikit segan.

“Dear, belikan sotong yang boleh buat sambal sekali.”

Dia order lagi!

Tangan kirim Orked sudah membentuk genggaman penumbuk. Dia sedang menahan geram.

“Kata tak makan pedas?” Caras Orked sedikit tegas.

“Makanlah.. Saya cuma tak berapa boleh makan pedas. Boleh makan, cuma cilinya kena letak sikit je.”

Najman di hujung talian sudah sengih. Pasti cik leftenan tu bengang! Bisik hatinya apabila telinga menyapa hembusan nafas kasar gadis itu.

Orked mendengus!





“Cikgu Najman!”

Terasa bahunya dicuit, dia panggung kepala. Ayressa sedang menyengih di hadapannya.

Budak-budak sekarang, Cikgu pun seperti kawan dia buatnya! Tak faham betul. Apakah budaya menghormati guru itu sudah hilang ditelan arus permodenan?

“Kamu kenapa? Kenapa tak warm up lagi?” Telefon bimbit yang sedang dipegang, dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Najman memeluk tubuh sendiri.

“Saya panggil cikgu banyak kali. Tapi cikgu tak dengar. Sibuk belek telefon.” Jawab Ayressa. Selamba sungguh pelajar itu menjawab.

“Sebab tu awak cuit saya?”

Sambil tersipu, “Aah.” Jawab Ayressa.
“Kalau nampak saya pegang telefon, mesti nampak saya tengah bercakap di telefon kan?” Pelajar perempuan itu menunduk.

Ya.. Ayressa nampak. Tapi dia tetap mahu panggil Najman.

“Lain kali jangan berani cuit-cuit saya. Panggil sajalah. Denda dua round!” Suara Najman sedikit keras.

“Cikgu!” Ayressa cuba protes. Tapi, Cikgu Najman Zanjabil bukan mudah untuk dirayu. Cikgu tampan itu seorang yang tegas. Apatah lagi dia juga merupakan guru disiplin sekolah tersebut.

“Awak kalau nak turut serta dengan team volleyball ni, buat apa saya suruh! Ikut arahan! Kalau tak nak awak boleh balik rumah. Saya masih ramai pemain simpanan.”

Tanpa menunggu jawapan pelajar tingkatan enam itu, Najman membawa visel ke bibir. Visel merah yang tergantung di leher sedari tadi mula ditiup. Ayressa sudah masam muka. Faham dengan isyarat visel itu, dia berlari anak mengelilingi gelanggang besar itu.

Terpaksa!

Najman?

Dia hanya bermuka selamba!























Post a Comment