Wednesday, September 13, 2017

Cik Leftenan, Saya Sayang Awak!

Bab 1




“Wah, rumah sebelah ada penghuni baru!” Kepala Najman tertinjau-tinjau di celahan cermin tingkap nako. Sebuah trak sudah mula mengundur memasuki pagar. Najman merenung di bahagian pintu yang berlogo itu.

“Oh, jiran baru ni navy! First time jiran aku ni dengan navy. Dah berapa tahun aku duduk dengan pegawai tentera darat tu. Baru pakai Mejar, tapi sombongnya.... Ya Rabbi!”

Najman bercakap seorang diri lagi. Matanya masih lagi memerhati beberapa orang anggota yang mulai menurunkan barang dari trak itu.

Alat kawalan yang sedari tadi dipegang, Najman letakkan di atas kabinet. Segugus kunci di tempat penyangkut juga disambar.
Dengan sekali tarikan, daun pintu rumahnya sudah terkatup. Selipar Nike bersaiz sepuluh itu disarungkan ke kaki. Perlahan-lahan lelaki itu mengatur langkah menuju ke perkarangan rumah sebelah.

“Assalammualaikum.”

“Wa’alaikumusalam.”

Huluran tangan Najman, disambut oleh beberapa orang anggota berbaju biru itu.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Soal Najman sambil matanya meninjau ke arah trak yang sudah kosong itu.

Aik?

Dah tak ada barang?
Sikitnya! Selalu dorang ni kalau pindah, bukan main banyak lagi barangnya. Gumam Najman.

“Dah siap dah encik. Pegawai ni bujang ni. Sebab tu barang pindahnya sikit.” Beritahu lelaki tadi. Anggota yang lain hanya mengiyakan saja.

“Sorry tau, saya cuma mampu hidangkan ini aje.”

“Eh, tak apa puan.. Ini pun okey dah ni.”
Tiba-tiba suara orang bersembang di antara lelaki dan perempuan menerpa di pendengaran Najman.

Tidak semena dia berkalih ke arah muka pintu.

Wow!

Cun habis jiran baru aku ni!

Mata Najman hampir terbelalak melihat susuk tubuh yang tinggi lampai itu. Di tangannya sedang menatang sepinggan goreng pisang. Lelaki di sebelah itu pula sedang menjinjit beberapa bungkusan air tebu.

“Nanti ya Leading Zul, bila dah settle semua saya belanja awak semua kat ofis.”
Lelaki yang disapa Leading Zul itu hanya tergelak.

“Terpulanglah pada Puan. Kalau puan, dah niat.. Kitaorang okey aje!” Sambut anggota lain pula.

Najman yang ralit memerhati, memberi salam. Mati terus senyuman wanita itu apabila mata mereka bertemu.

“Ha.. Puan, ni jiran puan. Tadi kononnya encik ni nak tolong, tapi barang dah siap turun dah. Apa ya nama encik tadi?”
Najman tarik sengih.

“Najman Zanjabil.”

Terkebil-kebil mata pegawai wanita itu memandang Najman.

Fuh, nama... Macam lagu Hindustan! Desis si puan rumah.

Perlahan-lahan bibir mula mengukir senyum, “Orked.” Balasnya.

“Sedap nama puan.” Puji Najman dalam sengihan yang masih panjang.


“Betul ke tak ada apa yang boleh dibantu?” Orked mengangguk.

“Ya, barang-barang  saya sikit aje. Biasalah, tentera kan pindah randah. Memang sengaja saya beli yang penting saja. Mengikut keperluan.”

Balasan Orked itu membuatkan Najman hilang kata-kata.

Kalau anggota bawahan dia dah balik, takkan aku nak bertunggu tangga kat sini lagi? Tapi senyuman dia, aduh.. bergetar iman aku ni!

“Kalau gitu saya pun nak baliklah puan. Tapi kalau perlukan bantuan, panggil aje saya ya? Insya-Allah, saya akan muncul depan rumah.”

Sambil menjatuhkan kepala, Orked membalas “Insya-Allah.” Makin melebar senyuman Najman mendengar cakap Orked itu.

“Ok dear. As you wish. Assalammualaikum.”

Erk.

Dear?

Biar betul?

Takkan dia panggil aku dear?

Dan langkah Najman itu dihantar dengan pandangan bisu. Salam yang Najman berikan tadi hanya dijawab di dalam hati.






























Post a Comment