Tuesday, December 20, 2016

Untaian Kasih Buat Humayra

Bab 7


 

Dingin malam yang mencengkam tidak membuatkan Aisyah terus menarik selimut. Mata tidak lagi menyambung lena. Sudah diajar untuk bangkit di sepertiga malam. Jiwanya sudah sebati dengan amalan itu.
Di malam sunyi dia menyerahkan pengabadian dirinya pada Yang Maha Esa. Lidahnya basah dengan zikrullah. Suaranya halus gemersik memuji kebesaran Allah SWT. Setiap bacaan kalamullah diniatkan buat arwah daddy dia yang telah pergi.
“... andai dia masih lagi di atas muka bumi ini, Kau lindungilah keselamatan dia. Jauhkanlah dia dari sebarang musibah, fitnah dan zina. Jika dia telah Kau jemput, tempatkanlah dirinya di kalangan mereka yang menjadi kekasihMu Ya Allah...”
Khyr Najmi..
 Di pengakhiran doa, Aisyah menyeru sepotong nama itu.




Post a Comment