Wednesday, December 14, 2016

Untaian Kasih Buat Humayra

Bab 4



Kelopak mata yang tertutup itu dipandang. Sengaja dia mengambil kesempatan menatap seluruh raut wajah itu. Jelas kelihatan garis-garis keletihan di situ. Gelas yang dipegang, perlahan-lahan diletakkan di atas meja.
“Syah..”
Suara lelaki yang tidak asing dipendengaran Aisyah itu membuatkan matanya celik. Pantas dia membetulkan kontur tubuhnya. Kepala yang sengaja diletokkan ke kepala sofa, sudah tegak.
“Sorry. Syah terlelap kejap.” Bibir Vincent tersungging. Kepalanya juga tergeleng.
“Penat?”
Angguk.
“Letih dengan kerenah photographer Hilman Lee tu. Kerek!” Ketawa besar Vincent bila Aisyah meluahkan rasa geramnya.
Dia tahu. Dia nampak cara kerja Hilman tadi. Sengaja dia beredar cepat dari mereka. Vincent tak mahu Aisyah rasa tak selesa dengannya. Tapi tidak bermakna dia menghilangkan diri terus. Vincent membawa diri ke koridor tingkat atas rumah itu. Di situ dia memerhati mereka bertiga yang berada di bawah.
“Nah, minum ni. Sejukkan hati Syah tu.” Gelas besar berisi air mangga itu dihulurkan pada Aisyah.
Dengan senyuman yang sedikit hambar, “Thanks, abang.” Gelas sudah bertukar tangan.
Vincent sekadar menjatuhkan kepala. Senyuman kecil masih lagi di pinggir bibirnya.
“Syah naik atas pergi segarkan badan. Lepas tu lelapkan mata. Dah hilang letih tu baru menjahit. Ni, kain sample yang abang bawa balik. Bila free Syah tengoklah. Abang nak balik dah ni.” Vincent mula mengangkat punggung bila dia sudah habis menyampaikan pesanannya.
“Abang tak nak lunch dekat sini ke?” Bulat mata Aisyah memandang Vincent yang sudah tegak berdiri itu.
“Tak apa. Next time. Syah kan dah penat tu. Lagipun abang kenyang lagi makan mee sup Syah tadi.” Bibir nipis yang sentiasa murah dengan senyuman itu memberi keyakinan pada Aisyah. Dia benar-benar memaksudkan apa yang dia katakan sebentar tadi.
“Oklah kalau gitu.” Aisyah mengalah! Langkah mereka seiring menuju ke kereta Vincent.
“Jangan lupa kunci pagar.” Tegas Vincent mengingatkan sepupunya itu.
“Ya. Baik-baik drive!” Laung Aisyah bila Vincent sudah mulai mengundurkan kenderaannya.
“Bye.” Tangan diangkat, melambai kembali kepada Vincent. Kereta Vincent semakin meninggalkan rumah dua tingkat yang terletak di bahagian tepi sekali. Aisyah masih lagi di tengah laman, meninjau ke dalam beg kertas yang Vincent hulurkan tadi. 
“Tak pernah yang tak dapat ole-ole. Bertuahlah badan sapa yang jadi kakak sepupu aku nanti. Tak payah pesan, dia dah belikan!” Omel Aisyah sambil mengatur langkah masuk ke rumah.


“Kak, tidur ke?” Bahu Aisyah digoyang perlahan.
“Ishh, kenapa dik?” Bantal empat segi kecil dikepit ke muka. Rambut yang panjang sengaja dilepaskan sebelum berbaring tadi,berselerakan di atas bantal.
“Tu.. Dekat luar ada orang nak jumpa.. Nak tempah baju kot.” Hilman menarik bantal yang menutupi separuh muka kakaknya. Mesti dia hangin! Bisik Hilman dalam hati.
Aisyah mendengus.
“Jangan nak tipulah. Sekarang ni waktu Qailullah. Memang takkan ada orang datang. Customers akak memang tahu rule akak ni. Nak tempah baju ke nak ambil baju yang dah siap ke, bukan waktu tengahari ni. Akak takkan buka pintu.”
Kan dah cakap... Waktu ni memang kakak takkan terima customer. Gumam Hilman lagi.
Aisyah sememangnya telah menetapkan garis masa untuk mereka yang ingin berurusan dengannya. Waktu tengahari seperti ini, adalah waktu untuk Aisyah melelapkan mata sebelum  solat Zuhur. Tak lama mana pun, hanya setengah jam sebelum masuk waktu.
Sunah ini memang sudah menjadi kewajipan diri Aisyah. Seperti yang telah diriwayatkan Ibnu Abbas.
Rasulullah bersabda;
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari, dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
“But I think she’s not your customer.” Aisyah menolak bantal yang menutupi separuh mukanya.
Keningnya bertaut. Cuba menghadam kata-kata Hilman.
“Then who?” Soalnya ingin tahu.
“Your friend, Nadra.”
“Nadra?” Sedikit terkejut kedengaran nada suara Aisyah.
“Yup. Nadra.. si burung murai tercabut ekor.”
“Hey, tak baiklah gelarkan dia macam tu!” Hilman gelak. Punggung terus diangkat, mahu berlalu pergi.
“Cepat turun. Adik dah suruh dia masuk. Jangan buat tetamu tertunggu-tunggu.” Sambung Hilman sebelum hilang di sebalik pintu bilik Aisyah.
Ceh. Kata orang bukan main lagi.
Nadra.. Dia memang banyak mulut. Tapi dia bukan jenis suka mengata orang sana sini. Dia bukan yang suka bercerita kisah orang. Cuma dia memang terlebih ramah. Ada saja yang ingin dia bercerita.
Pasal dia bertembung dengan kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pun, dia akan menelefon Aisyah! Aisyahlah tempat dia berceloteh itu dan ini.
Dah kenapa cik kak tu datang tengahari buta ni? Tak pernah-pernah dia datang time ni. Dah tu tak telefon dulu pulak tu. Musykil betul..
Bingkas Aisyah bangkit. Rambut yang sedikit tidak terurus disisir rapi. Setelah memastikan dirinya kemas semula, Aisyah berlalu mendapatkan teman baiknya itu.












4 comments:

♥cikredjambu♥ said...

Haii laaa...macam nak tengok muka hilman lee n aisyah secara reality. hehehe

Unknown said...

Masih bnyak tanda soal ag..tq dear.. Best..

Aina Hamra said...

Hihihi.. Hilman Lee.. sapa ya yang sesuai? krik.. krik..

Aina Hamra said...

Masih... tunggu ya!