Tuesday, December 13, 2016

Untaian Kasih Buat Humayra

Bab 3
               



Dia makin menghampiri Aisyah. Senyuman manis menghiasi bibir merah dia. Anak matanya tunak memandang Aisyah. Begitu lembut. Meskipun cahaya yang terpancar terbias sedikit keletihan.
“Ni hao.” Sapa dia tatkala dirinya hanya jauh sedepa dari Aisyah dan Hilman.
“Dia dah mula dah.. Better you answer in mandarin. Kalau tak.. Sampai malam karang dia dok cakap cina dengan kita.” Sempat Aisyah menjeling tajam pada Hilman bila pemuda itu menyikunya. Secara tak langsung Hilman memberi arahan.
“Hao.” Hilman sudah tergelak. Akhirnya Aisyah menuturkan juga bahasa ibunda keluarga mereka walaupun hanya sepatah!
Dan si dia tersenyum puas. Meskipun hanya itu yang Aisyah jawab. Tapi dia masih lagi mahu menguji. Hati lelakinya mahukan kepastian walaupun  matanya sudah nampak sebuah kebenaran dari dulu hingga kini.
“You xiang niang ge ge ma?”
Dan Aisyah jujur menjawab, “Xiang.” Ya, dia rindukan lelaki itu..
“Zhen de?” Bulat mata Vincent menyoal lagi. Betul ke Aisyah rindukan aku? Gumam Vincent.
“Dui! Yin wei mei you ren cen zan wo de shi wu.” Hilman tergelak besar bila mendengar Aisyah berkata begitu. Apatah lagi muka Vincent sudah kelat!
Betul! Sebab tak ada orang puji saya masak.
Syah rindukan aku, sebab tak ada orang puji masakan dia.. Alahai, dia tetap jaga hati dia dari disentuh orang!
“Ren xin.” Terluah juga perkataan sampai hati itu dari bibir Vincent. Hilman hanya menepuk-nepuk bahu lelaki itu bila Aisyah mengangkat bahu. Seolah-olah sengaja mahu membakar perasaan Vincent.
I told you... Kakak Hil takkan mudah disentuh hati dan jiwanya... bisik Khyr dalam hati. Dia tahu Aisyah sangat menjaga hati sendiri. Dia takkan sesekali mudah jatuh hati dengan orang.

“Bila abang Vincent sampai?” Hilman menghulurkan tangannya untuk berjabat. Tapi salamnya tidak bersambut. Vincent sedang leka merenung Aisyah. Sehinggakan Aisyah melarikan pandangan matanya dari lelaki itu.
“Ehem..ehem.. Hil taulah kakak Hil cantik. Kot ya pun.. Salamlah Hil ni.”
Vincent tersengih menutup malu apabila tertangkap oleh Hilman.
“Sorry.” Bahu Hilman ditarik. Rapat tubuh mereka berpelukan.
“I just arrived. Terus ke sini. Hari ni kan hari pertama kita akan lancarkan Aisy Lee.” Balas Vincent usai tubuh mereka merenggang.
Aisyah dan Hilman berpandangan sesama sendiri.
Dia ingat?
“Terlanjur abang kat sana, abang tengok kain. Sample ada dalam kereta. Kejap abang pergi ambil..”
“Abang!” Sedikit kuat Aisyah menyeru.
Langkah Vincent terhenti.
“Nanti-nanti boleh. Syah rasa abang tak sarapan lagi. Syah ada masak lebih mee sup tadi. Kejap Syah panaskan.”
“Eh, tak payah! Syah dah cantik. Tak payah masuk dapur. Kalau abang nak nanti abang pergi ambil sendiri. Mummy mana?” Vincent tak mahu Aisyah melayan dia saat ini. Gadis itu sudah terlalu cantik didandan. Tubuhnya juga sudah tersarung dress yang dia jahit sendiri.
Vincent tak nak hanya kerana semangkuk mee sup, rosak keindahan yang dia sedang tatap ini.
Aisyah terlalu jelita ketika ini. Hati yang sudah lama tertawan makin tak keruan jadinya.
“Err.. Mummy tak ada. Pergi kelas agama.” Kepala Vincent angguk dua kali.
“Hil dah nak mula ke?” Hilman yang sedari tadi hanya selesa memerhati dipandang.
“Ha’ah. Nak photoshoot dekat luar aje. Moga-moga fengshui gazebo abang Vincent bawa tuah pada kakak.”
“Hisssh, adik ni.. Rezeki tu Allah yang tentukan. Bukan fengshui ke apa.” Lengan Hilman dicubit kuat.
“Adik tahulah! Saja nak usik abang Vincent. Abang tak marah kan?”
Geleng.
“Tak. Buat apa nak marah. Landskap tu cantik. Masa abang buat taman tu pun.. Abang tak guna fengshui. Sebab abang tahu, selagi kita buat baik.. Mana-mana agama pun cakap akan ada kebaikan buat kita semula. Macam tu jugak rezeki.”
Aisyah mengangkat kening pada Hilman. Bibirnya ada sekuntum senyuman mekar.
“That’s Vincent Lee, Afiq Hilman. Our brother. Our big brother.” Ujar Aisyah penuh makna. Kelat sudah air muka Hilman bila Aisyah berkata begitu.
Ya.. Vincent Lee. Abang mereka. Satu-satunya sepupu lelaki mereka dari keluarga sebelah ayah mereka.
Lelaki yang selalu ada sejak mereka kecil. Hubungan kekeluargaan mereka tak pernah putus walaupun pegangan agama mereka berlainan.
Vincent Lee..
Lelaki yang menjadi pelindung mereka sejak ayah mereka meninggal dunia dulu.
Our brother. Our big brother..
Vincent mengulangi lagi kata-kata Aisyah tadi.
Hatinya sedikit terkoyak dengan kenyataan gadis itu.
Kalaulah Syah tahu....


“Atiqah, adik akak tu memang gitu ke time kerja?”
Punggung dihenyak kasar, muka Aisyah sudah cemberut. Namun Atiqah hanya tersenyum nipis mendengar soalan Aisyah itu.
Siapa tak kenal cameraman yang lebih dikenali dengan nama Hilman Lee tu? Garang-garang dia pun, beratur model nak kerja dengan dia. Atiqah hanya membalas pertanyaan Aisyah itu di dalam hati.
“Apa yang akak nampak, itulah dia. Adik akak.” Mata Aisyah terarah kepada Atiqah. Jurusolek yang adiknya upah hari ini, pasti selalu bekerjasama dengan Hilman. Kalau tidak, masakan gadis itu boleh berkata sedemikian rupa?
“Akak dah tak larat nak senyum. Urat pipi akak ni dah kejung. Kakak, senyum elok-elok. Kakak, pandang sana. Kakak, bayangkan kakak kat ladang bunga. Hisssh, serius penat! Tapi kenapa ramai yang tergila-gila nak jadi model?” Atiqah hanya menyimpul senyum bila Aisyah mengajuk arahan Hilma tadi. Mahu ketawa sebenarnya. Tapi bimbang pula Aisyah akan tersalah sangka.
“Akak ikut ajelah cakap Hilman Lee tu. Dia tahu pose apa yang cantik untuk akak. Dia Profesional kak. Kalau tak, takkanlah dia kerap ke oversea hanya untuk merakamkan moment indah pasangan pengantin di sana?” Span yang disangkut di jari kelengkeng, mula ditekapkan perlahan-lahan di permukaan kulit muka Aisyah.
Yang ini Aisyah percaya!
Bukan sekali dua dia melihat hasil kerja adik sendiri. Memang gambar-gambar yang dirakamkan oleh Hilman sangat cantik. Tapi... Aisyah sudah lelah untuk mengikut rentak Hilman.
Yang dia selalu tak percaya adalah Hilman punya ramai teman di luar negara. Dekat sana tak ada jurugambar ke? Sampai sanggup gunakan khidmat Hilman dari JB ini. Kadang-kadang terasa Hilman tu ala-ala Saiful Nang yang popular tu.
Huh, bila la adik tu nak habiskan semua ni. Penat betul! Protes Aisyah dalam diam.
“Sabar kak.. He's know the best for you and the Aisy Lee. Lagipun akak baru first time buat photoshoot ni. Nanti akak akan biasa.”
Aisyah senyap bila Atiqah memujuk perlahan. Hati kecil gadis itu sudah terpujuk tatkala Atiqah menyebut Aisy Lee.
Ya, Hilman sudah berjanji. Aisy Lee... Nama yang Hilman komersialkan. Dia mahu Aisyah pergi jauh dengan jenama dia sendiri. Malah Aisyah yakin, Hilman akan memuat naik gambar-gambar hari ini ke Instagram Aisy Lee.
Salah satu laman sosial yang melonjakkan nama Hilman Lee. Dan Hilman mahu Aisy Lee juga dikenali ramai. Dia mahu ramai wanita yang memperagakan hasil kerja tangan kakaknya.
Doa Aisyah, semoga satu hari nanti, Aisy Lee.. dipuji oleh ramai orang. Jenama pakaian wanita yang setanding dengan pereka fesyen terkemuka.