Saturday, December 10, 2016

Untaian Kasih Buat Humayra

Bab 2




Aisyah menggeleng kepala lagi. Sudah lima belas minit Hilman memujuk. Aisyah tetap tak mahu mengikut kehendak adiknya.
“Kak..”
“I don’t want!” Suara Aisyah tegas. Tangan memeluk tubuh sendiri.
“Adik dah bayar tau. Dia perempuan. Bukannya mak nyah! Adik tau fikir la. Takkan Adik nak suruh lelaki bukan mahram make up kan kakak sendiri!” Kesabaran Hilman mula tergugat. Aisyah tetap berkeras tak mahu disolek.
“Kakak tak suka muka kakak ditepek make up tebal. Tak pernah umur kakak pakai barang-barang ni semua.” Mata Aisyah menghala ke arah alat-alat solek di atas meja. Muka Hilman sudah menjadi merah. Bengang!
“Atiqah!” Suara Hilman lantang memanggil tuan empunya nama. Ruang kerja Aisyah itu muncul seorang gadis kecil molek.
“Yes, Hilman. I dah boleh buat kerja I?”
Aisyah mendengus kasar. Faham, Hilman mula menggunakan kuasa vetonya.
“Aku bagi masa setengah jam untuk kau make upkan kakak aku. Make sure she’s look natural beauty but elegant and vouge!” Garang suara Hilman menguasai bilik itu.
Sejurus memberi arahan pada Atiqah, pintu kayu bilik kerja Aisyah itu dihempas kuat. Terangkat bahu Atiqah gara-gara terperanjat. Bergetar bibir gadis itu mengucap panjang.
“Dah kenapa mamat tu meroyan kak?”
“Sorry Atiqah. Dia tak marah awak. Tapi Hilman naik angin dengan akak.” Aisyah jadi serba salah terhadap Atiqah yang telah berubah air mukanya.
Tak pasal-pasal budak ni terkejut. Allah, adik.. Kenapalah boleh jadi macam ni? Hati Aisyah mengguman sendiri.
Ah, salah aku jugak! Adik dah penat uruskan semua. Benda ni kan boleh bincang dengan Atiqah?
Bibir Aisyah mula mengukir senyuman. Dia cuba kembalikan suasana ceria. Bimbang Atiqah akan salah tanggapan pada Hilman. Dia tak mahu orang bercerita buruk tentang sikap Hilman.
Tak,Hilman bukan pemarah orangnya!
“Jom Atiqah. Cepat kita mulakan, cepat siap nanti. Lepas tu Hilman boleh rehat. Dah beberapa malam adik akak tu buat kerja mengedit gambar.”
Perlahan-lahan tudung yang menutupi rambut hitam berkilatnya dilucutkan.
Terkesima Atiqah menatap mahkota Aisyah itu, “MasyaAllah.. Cantiknya rambut akak!” Aisyah mengetap bibir. Malu apabila Atiqah memuji secara terang-terangan itu.
Mata Atiqah beralih pula ke kulit muka Aisyah. Putih kemerah-merahan. Sebiji jerawat pun tiada. Malah pipi Aisyah begitu mulus.
Apa produk kakak Hilman guna ni? Bersih betul muka dia. Desis Atiqah dalam hati. Matanya masih lagi meliar. Meratah di segenap penjuru muka kakak kepada jurugambar itu.
“Bismillah.. Saya sentuh muka akak ya.”
Aisyah sekadar mengangguk sambil memejamkan matanya. Dalam hati Atiqah tak putus memuji muka Aisyah yang mudah untuk diuruskan.
Orang cantik, walau sekadar mengenakan solekan tipis pun sudah cukup membuatkan mata yang memandang menjadi tertawan.


Hilman yang sedang leka membelek kameranya berpaling apabila terasa bahunya dicuit orang. Bibirnya sedikit terbuka. Kelopak mata Hilman tidak berkelip. Tangannya sudah kaku, diam tidak bergerak.
Masa seakan terhenti. Suasana menjadi sunyi dan sepi. Petikan jari Aisyah langsung tidak merubah keadaan.
“Afiq Hilman!” Pipi Hilman ditepuk oleh Aisyah. Barulah Hilman bagaikan tersedar dari lena yang panjang.
“Wow! This is my sister?”
Atiqah sengih panjang apabila Hilman sudah terbuntang mata melihat Aisyah.
“Kakaklah ni! Adik ni kenapa?” Aisyah mula mencekak pinggang. Hilman senyum melirik.
Sungguh, ini kakak kandung aku ke? Cantik! Sangat cantik!
“You look so beautiful dear. Rasa macam orang asing yang pertama kali jumpa!” Pipi Aisyah bagaikan tomato yang sedang masak ranum ketika ini. Merah menyala!
Alis mata yang cantik. Celak yang menghiasi mata itu begitu memberi impak pada raut wajah Aisyah. Kelopak mata yang sejak azali sepet kini terserlah. Mata Aisyah seakan-akan galak memanah.
“Tapi...betul ke ni kakak saya, Atiqah? This is my sister? Are you sure?” Hilman mengulangi lagi soalan yang sama. Dia masih lagi tidak percaya dengan figura di hadapannya ini. Kali ini Aisyah menumbuk bahu Hilman dengan sikit kuat.
“Aisyah Humayra la ni.” Atiqah tergelak bila Aisyah sudah menjawab pertanyaan Hilman bagi pihaknya.
“Lee. Aisyah Humayra Lee.” Hilman dan Aisyah menoleh ke belakang. Atiqah juga apabila ada suara yang menyambungkan nama Aisyah. Senyuman Aisyah terus mati apabila matanya bertembung dengan tuan punya suara.
Langkah yang semakin menghampiri itu dipandang dengan penuh hairan. Sempat dia berbisik pada Hilman.
“Dik, bukan sepatutnya dia masih di Beijing?”
Hilman mengangkat bahu, “Sepatutnya..” Sepatah Hilman menjawab.



No comments: