Friday, December 2, 2016

Untaian Kasih Buat Humayra

Prolog




“Jangan usik tasbih tu!” Garau suaranya membantutkan gerakan tangan si teman.
“Err, aku baru nak pinjam.”
Pantas Khyr mengambil kotak kayu yang sudah terbuka penutupnya itu. Perlahan-lahan seutas tasbih putih gading itu menyapa pandangan. Wajahnya masih lagi serius. Langsung tiada senyuman di bibir.
“Kau pakailah tasbih aku yang lain. Nak ambil pun aku tak marah. Tapi yang ini, maaf. Sekalipun jangan kau sentuh.” Mendatar tapi agak sedikit tegas suara Khyr.
Teman baik yang merangkap teman sebilik Khyr itu sudah terlintang kerutan di dahi. Hairan! Apa yang istimewa sangat tasbih tu? Desis Farhan.
Hati kecilnya terlalu ingin tahu. Hingga tanpa sedar bibirnya menyoal penuh curiga.
“Ada orang kasi ke?” Khyr menggeleng lemah. Kelopak matanya terpejam. Sesaat itu terlayar seraut wajah di peluput matanya.
“Tasbih ni ada pasangannya..”
“Maksud kau?”
Bibir Khyr koyak senyum. Kelopak matanya masih lagi pejam. Seakan membalas senyuman seseorang. Namun cuping telinganya tetap menangkap lontaran suara Farhan tadi.
“Tasbih yang serupa. Warna yang sama. Aku seutas, dia seutas.”
Dan bibir Khyr mula bertahmid, memuji kebesaran Allah bersama butir-butir mutiara yang terikat kemas itu. Farhan pegun di situ tanpa suara bila Khyr mengakhiri tuturnya dengan membiarkan segala persoalan tidak berjawab sepenuhnya.



No comments: