Monday, December 5, 2016

Untaian Kasih Buat Humayra

Bab 1




“Kak, tak tidur lagi?”
“Belum. Adik kenapa tak tidur lagi?” Hanya sesaat mata mereka bertemu sebelum bebola mata Aisyah kembali merenung kain kapas itu.
“Mata letih tengok gambar-gambar tu. Tu yang turun. Ingat nak tengok movie, terpandangkan lampu kat sini menyala lagi.” Bangku bar ditarik, perlahan-lahan punggung dilabuhkan. Menghadap si kakak yang mulai menggunting kain.
“Kalau letih, tidur. Bukan tengok TV.” Bibir Hilman tersungging. Teguran Aisyah itu ada benarnya. Tapi dia sengaja beralasan begitu. Sebenarnya dia mahu menjenguk Aisyah. Dia ingin pastikan kakaknya juga masuk tidur.
“Kakak tak letih?” Aisyah menggeleng. Fokusnya masih pada guntingan kain itu.
Tak boleh dilayan sangat adik ni. Karang tersalah gunting,naya aje. Orang punya ni. Kalau sendiri punya,lainlah!
“Banyak lagi ke nak potong?”Soal Hilman. Matanya masih lagi merenung Aisyah yang begitu tekun dengan kerjanya. Sekali lagi Aisyah menggelengkan kepalanya.
“Last.” Ujar Aisyah dengan kepala masih menunduk. Tangannya bergerak mengikut garisan kapur berwarna merah di atas kain.
“Make sure this is last for tonight dear...”
“Don’t worry. I’m finished!” Aisyah meletakkan gunting di atas meja. Kedua-dua tangannya terangkat ke atas. Lagak seperti pesalah yang disuruh meletakkan senjata.
“That's my girl! Come, adik tolong lipatkan.” Bibir mereka saling bertukar senyuman. Aisyah hanya membiarkan saja Hilman menyudahkan kerjanya tadi. Kain yang sudah bercerai-cerai tadi Hilman satukan. Kemudian, disusunkan ke dalan lipatan kain yang paling besar.
“Thanks dik.” Bahu Hilman ditepuk mesra. Inilah satu-satunya insan yang selalu ada. Malah sentiasa di sisinya.
“Ala.. Small matter aje ni. Esok jangan lupa tau. Kita mulakan photoshoot tu. Semua dah ready kan?”
Tiba-tiba Aisyah ketawa. Seperti ada sesuatu yang mengeletek hatinya. Hilman yang memandang sudah menenyeh pucuk hidung sendiri.
“Jangan cakap tak nak pulak eh kak?” Mencerlung mata Hilman memandang Aisyah yang masih tertawa. Hilman mendengus apabila Aisyah masih tetap seperti itu. Dia tahu Aisyah sedang mencari alasan.
“Kakak dah selesa macam ni...” Akhirnya tawa Aisyah mati dengan sendiri.
“Ya, kakak selesa dengan home boutiqe kakak ni. Ambil tempahan online. Tapi sampai bila? Lagipun kakak dah siapkan material tu.”
Aisyah menunduk. Sampai bila? Selagi ada orang memerlukan khidmat jahitannya, selagi itulah dia akan menjahit.
“Kakak...” Sepatah perkataan yang terbit di bibir Aisyah, pantas Hilman potong.
“Kak..” Tangan Aisyah dicapai.
“Inilah masanya kakak pergi jauh. Inilah detiknya kakak bina nama kakak. Betul, persaingan tu banyak. Tapi, kan kita dah bincang sebelum ni. Kakak hanya keluarkan limited edition. Setiap corak dan warna hanya ada satu saiz. Kakak masih lagi boleh menjahit dari rumah untuk customer kakak sekarang.”
Aisyah terdiam. Bibirnya hilang kudrat untuk membalas. Ini usaha Vincent. Lelaki itu yang beria-ia membawa mereka ke China. Hanya ingin mendapatkan fabrik yang berkualiti tetapi berpatutan harganya.
Pipi Hilman disentuh penuh kasih. Dengan linangan air mata, Aisyah beradu mata dengan Hilman.
“Sampai bila kita perlu termakan budi dik?”
Akhirnya Hilman membawa Aisyah ke dalam dakapanya. Dia faham mengapa Aisyah keberatan untuk mengenakan busana yang dia sendiri hasilkan.
“Syhhh, sebab tulah adik suruh kakak pergi jauh. Adik akan jadikan kakak model yang elegant dalam mengayakan produk kakak sendiri. Kita akan balas budi abang Vincent, tanpa perlu kakak menggadaikan perasaaan kakak pada dia.”
Kelopak mata Aisyah menjadi besar dengan tiba-tiba. Pantas dia sendiri meleraikan pelukan Hilman.
“Adik tahu?”
Dahi Aisyah Hilman kucup. Aisyah sudah kaku berdiri di hadapannya.
“Tahu. Adik lelaki kak. Lirikan mata dan senyuman abang Vincent tu adik kenal. Dia ada hati dengan kakak.”
Helaan nafas Aisyah sedikit lemah, “What should I do?” perlahan saja suara Aisyah menyoal.
“Esok, senyum semanis mungkin..”


2 comments:

Unknown said...

Best nya..memng dua beradik je ke dear

Aina Hamra said...

yup kak :)