Sunday, June 19, 2016

Seperti Adanya Kamu

Bab 5
Jaga mata, jaga hati





“Ammy?!” Suara Ra’ed terkejut.
Azman memandang Nani. Kemudian mengangkat kening seraya bertanya dengan yang lain. Tapi mereka hanya mengangkat bahu sebagai jawapan. Nani terus melangkah pergi.
Yang lain, balik dulu kecuali Azman.” Arah Ra’ed tegas.
Kenapa awak kat sini?” Soal Ra’ed pada Ammy. Azman hanya memasang telinga. Dah bos suruh tunggu, apa lagi? Dengar je la apa yang Ra’ed cakapkan.
Saya belikan Encik Ra’ed makanan. Mesti encik Ra’ed laparkan?” Ra’ed mendengus.
Azman menelan air liur. Fuhh.. Ammy kau ada hati dengan bos? Kau tau tak bos ni payah nak tergoda? Setakat cara ni kau cuba pikat dia, memang tak dilayannya. Tak percaya? Kau tengok kejap lagi.
Siapa suruh?” Mencerlung mata Ra’ed. Sudah la penat, minah ni pulak sengaja cari pasal!
Errr..” Tergagap Ammy mahu keluarkan suara.
Saya tanya siapa suruh belikan makanan? Saya tak suruh pun.” Ra’ed masih menyoal dengan soalan yang sama.
Inisiatif diri sendiri.”Ammy cuba tersenyum. Tiada langsung rasa segan dengan Azman yang memandang.
Awak tak terlibat dengan projek ni, kenapa awak sibuk susahkan diri?”
Dia nak pikat bos la... apa la bos ni. Takkan bos tak boleh baca cara minah ni?
Azman lantang bercakap dalam hati. Mahu kena sekeh agaknya kalau dia berani cakap depan Ra’ed macam tu. Sudah la pakcik duda ni bengang dengan minah ni!
Pergi balik. Bawa makanan tu sekali.” Nada suaranya seperti garang. Ammy berubah riaksi. Masam!
Entah kau ni Ammy, kalau kau hantar awal, bos tak payah call pizza kan bos?” Sengaja Si Azman ni! Batu api tak berasap!
Kalau nak beli makanan, beli untuk semua orang yang stayback. Bukan cuma sebungkus untuk saya.”Ra’ed terus berjalan meninggalkan Ammy. Cepat-cepat Azman mengekor takut kena tinggal pulak nanti.
Cis! Aku beli untuk kau la! Beli untuk dorang sekali buat apa? Penat aku datang hantar makanan ni, kau tak nak? Boleh blah macam tu jer? Memang sengal la duda ni!
Ammy! Cepat balik, opis ni ada penunggu tau.” Jerit Azman bila sudah sampai di pintu masuk. Serta merta pejabat itu jadi gelap gelita.
Arggghhh!!!!”
Cepat-cepat Azman lari menuju ke lift bila dengar suara nyaring Ammy menjerit.
Mesti minah tu kelam kabut berlari dalam gelap! Hahaha...


Ra’ed berjalan masuk ke pejabat seperti biasa. Melewati kubikel Nani, dia berhenti seketika. Sikit pun dia tak berkalih pada Ammy yang duduk di sebelah Nani. Serius sekali muka dia pagi ni. Eh, selalu memang dia serius tapi tak la segarang pagi ni. Salam diberi, tapi belum sempat Nani menjawab, dia sudah memberi arahan.
Nani, dua minit lagi masuk bilik saya!” Garau suaranya menyapa telinga.
Ok bos!” Jawab Nani sambil menggangguk kepala.
Alamak.. apa hal pulak dia panggil masuk bilik dia pagi-pagi ni?! Aku ada buat salah ke malam semalam? Atau pasal minah sebelah ni? Haaa.. Azman mesti tau kenapa minah ni ada kat ofis cari Ra’ed malam semalam. Sebab cuma Azman jer yang bos tak kasi balik semalam. Agaknya teman bos dengan Ammy!
Mata mengerling jam di tangan kanan. Sudah hampir dua minit. Nani bangun menuju ke bilik Ra’ed. Dia jarang memanggil stafnya masuk ke bilik. Tapi lelaki itu tak suka kalau terpaksa menunggu terlalu lama tanpa alasan yang tak munasabah. Jadi lebih baik pergi mengadap dia sekarang!
Ya, bos. Ada apa bos panggil saya?” Nani berdiri tegak di hadapan Ra’ed.
Duduk Nani.” Dada Nani tok sah cakap la... jantung macam nak melompat keluar! Gerun punya pasal sebab tak tau pasal apa kena panggil.
Nani, saya nak minta awak nasihatkan Ammy.”Terus Ra’ed bersuara tanpa berselindung.
Nasihat apa bos?” Soal Nani kehairanan.
Pelik! Nasihat apa pulak?
Tolong nasihatkan dia, ubah tingkah laku dia. Saya tak selesa dengan perhatian dia untuk saya. Saya tak suka staf yang datang kerja ada niat lain!” Kata Ra’ed, kedengaran dia mengeluh. Tak tidur malam dia memikirkan si Ammy.
Maksud bos?”
Saya bukan la tak tau nak baca apa yang dia cuba buat untuk saya, Nani. Awak pun semalam nampak dia datang opis kan? Bukan dia terlibat pun dengan projek ni! Kalau dia tak berubah, jangan salahkan saya kalau saya minta big bos tukarkan dia.”
Ok bos. I will try my best!”Jawab Nani. Dia sudah mula faham apa yang cuba Ra’ed sampaikan.
Ceh, pasal minah perasan cantik tu rupanya!
Good! Thanks Nani. Oh ya, awak tau tak siapa yang bercerita hal saya?”
Hah?” Nani menelan air liur.
Yer la.Mesti ada yang gatal mulut bagitau dia saya ni duda. Kalau tak, tak kan la dia jadi macam tu! Agaknya selama ni, memang ada yang suka jaga tepi kain orang ya kat sini?” Ra’ed bertanya Nani dengan geram.
Homaiiii! Mati aku kalau dia tau aku yang cerita dengan minah tu! Sumpah! Aku tak buat lagi!!
Err.. tak tau bos! Bos, kalau tak ada apa lagi saya keluar dulu eh?” Nani cepat menolak kerusi ke belakang untuk dia bangkit dari duduk. Tahu takut yer Nani? Kelmarin seronok bercerita dengan Ammy pasal si duda kan?!
Yup, nothing else. Awak boleh keluar.”
Fuhhh.. lega hati ni!


Badannya sudah bermandi peluh. Lencun! Tapi dia masih bersemangat memukul bola tangkis itu. Bola tanggung yang dipukul oleh Shahrul itu dengan mudah dimatikan dengan pukulan smash. Tajam! Mata demi mata dipungut hingga ke mata terakhir yang memihak kepada Ra’ed. Tercunggap-cunggap seketika, tapi mereka masih mahu menyambung permainan ke set seterusnya.
Permainan sudah masuk ke set kedua. Masih lincah mereka bermain. Dewan Kampung Kurnia ini, sememangnya sudah menjadi port malam hujung minggu Ra’ed dan Shahrul. Dewan ini tak lah jauh sangat dengan kediaman keluarga mereka. Dari dulu mereka memang akan berada di sini. Bermandi peluh dengan bermain badminton. Kadang-kadang ada juga team yang mahu bertanding suka-suka. Tapi malam ni, tak ramai pula yang datang bermain. Hanya beberapa orang saja.
Nak main berapa set ni wei?” Tanya Shahrul tika mereka berehat di luar gelanggang. Tangannya menghulurkan air mineral botol besar itu pada Ra’ed.
Memandangkan Ra’ed sedang meneguk air mineral tadi, dia cuma menunjukkan lima cari yang telah dikembangkan.
Lima set?
Mak aiiih... lima set? Penat la!” Keluh Shahrul. Ra’ed ni..bukan ada orang lain pun, kalau ada orang lain sempat la rehat sekejap. Ni cuma mereka berdua saja. Mahu semput si Shahrul ni.
Bukan selalu kita main.”
Sebab bukan selalu la tak boleh tamak! Nanti tercedera otot la!” Larang Shahrul.
Sejak bila pulak kau dah tukar profesion? Dah tak jadi lawyer lagi ke?” Perli Ra’ed.
Ceh!
Degil kau ni. Aku tahu la.. ke kau tengah stress?” Teka Shahrul. Dari pukulan kencang sahabatnya tadi, dia sudah tahu. Ra’ed sedang lepaskan geram. Sebab tu dia tak dapat nak balas pukulan bola tangkis itu.
Dengan Shahrul ni tak boleh menipu! Dia pandai baca gerak geri orang. Dah tentu dia peguam katakan!
Ok.. aku mengaku. Aku tengah bengang dengan staf aku.”
Apa hal?”
Jeda
Pecah amanah?” Teka Shahrul.
Ah, kau.. asal sikit pecah amanah! Kalau pecah amanah, aku dah report polis dah.” Shahrul tergelak. Salah ke?
Hahaha.. dah tentu kau tu kerja dekat dengan firma arkitek. Mesti la aku suspek staf kau pecah amanah. Pecah rahsia soal tender ke. Jual rekaan kau ke. Itu jer yang boleh dikaitkan dengan kau.”
Pandai saja peguam ni buka kes. Padahal si duda ni hangin dengan si Ammy tu.
Bukan la! Ada staf perempuan aku, lately ni dia lain macam dengan aku.”
Lain macam? Lain macam yang macam mana?” Soal Shahrul.
Dia cuba tarik perhatian aku.” Pecah tawa Shahrul.
Boleh tak kau jangan gelak! Aku ketuk dengan raket ni baru kau tau!” Ra’ed mengacu raket badmintonnya pada Shahrul.
Woo..wo.. jangan wei. Lusa aku ada kes. Biul aku nanti!”Shahrul mengelakkan kepalanya dari raket Ra’ed.
Tahu pulak takut kepala tu jadi biul.
Kalau dia nak kau, kau terima je la. Nak tunggu apa lagi?”
Tak kuasa aku nak layan! Aku dah cakap, kalau dia tak berubah jugak jangan salahkan aku nanti. Aku boleh jer suruh bos aku tukarkan dia. Habis cerita!”
Kejam siut!”
Kejam tak kejam. Kalau aku tak selesa, takkan aku nak biarkan dia kerja bawah aku?”
Dia cantik tak?” Sahabat nan sorang ni, sengaja cari pasal agaknya.
Ra’ed mendengus kasar, “Muka jer cantik, perangai tak cantik buat apa!” Tuala muka ditekap kasar ke muka sendiri.
Kenapa kau bengang sangat ni?”
Mana aku tak berangin,team aku stayback sampai malam kejar deadline. Kita orang nak balik, dia tunggu aku kat meja dia.”
Buat apa?”
Hantar makanan kononnya.”
Wah..”
Belum sempat Shahrul memuji orang yang diceritakan Ra’ed, lelaki itu sudah caras daa..“Hello, hari dah malam ok! It’s was 9.30 pm not 9.30 am!” Terus terdiam Shahrul.
Oh, patut la Ra’ed bengang. Dia memang tak suka spesis gediksss ni!
Sejak bercerai, hati Ra’ed jadi keras! Beku untuk perasaan yang lain. Tapi lelaki bernama Ra’ed Sayyaf ini, pegang pada kata-kata. Kalau dia kata dia akan tukarkan, memang dia akan tukarkan! Bukan sekadar cakap kosong. Bukan hanya gurauan. Jadi lepas ni mungkin dia akan dapat gelaran kejam pulak selepas kejung!

Dah, jom sambung main.”Ra’ed melangkah ke tengah court. Shahrul hanya menggeleng kepala sebelum mencapai raket menyusul Ra’ed. 
Post a Comment