Sunday, June 19, 2016

Seperti Adanya Kamu



Bab 4
Sedingin Salju..




“Kenapa tu?” Bibir dimuncungkan ke arah tingkap cermin yang dilitupi tirai putih.
Period.” Selamba saja pembantu Ra’ed membalas.
Hish.. takkan la hari-hari period! Orang period sebulan sekali jer.” Pelik agaknya pembantu arkitek ni melihat ketuanya moody sepanjang sebulan dia berada di firma ini.
Nani tersenyum. Dia sudah lali bekerja dengan ketuanya yang kejung tu. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Tapi satu yang Nani puji dalam diam, dia bukan ketua yang baran. Kalau ada yang dia tak puas hati, dia takkan marah depan staf lain. Dipanggil masuk ke bilik dan di situlah kena tadah telinga. Err... tapi ayat dia memang tajam! Pedas! Memang selalu tersedak kalau kena sound dengan dia.
Dia baik la. Aku dah lama kerja sini. Dulu dia bukan macam tu. Selalu senyum. Ramah dengan semua orang.”
Dah tu kenapa dia jadi macam tu? Putus cinta?” Berkerut-kerut kening Ammy menyoal. Tak sempat Nani menyudahkan cerita.
Dia jadi macam tu lepas dia bercerai.”Perlahan saja Nani bersuara. Bimbang Ra’ed terdengar. Tak pasal-pasal kena bambu!
La.. ye ke? Ra’ed Sayyaf..”
Shhhh.. perlahan sikit suara kau! Dia keluar nanti baru kau tau nasib kau!” Tapak tangan Nani menekup mulut Ammy. Bimbang suaranya akan menyeru Ra’ed keluar dari biliknya. Kepala tertoleh di muka pintu bilik Ra’ed yang tertutup rapat.
Ammy mengangguk kepala bila mendengar Nani menekan suara dengan perlahan tapi keras bunyinya. Melihat anggukan Ammy, baru mulut gadis itu dilepaskan.
Tak sangka ya... Ra’ed Sayyaf arkitek hebat tu duda. Hot you! Boleh la I masuk line!” Serta merta Ammy mengeluarkan bedak compact nya. Menepek bedak di serata wajah. Dioleskan pulak gincu bibir. Kemudian diketapkan dua ulas bibir mungil itu. Ala-ala penggoda!
Hurm.. dia dah mula dah. Menyesal buka mulut tadi! Ini kalau Ra’ed tau, mati kau Nani! Sorry Ra’ed
Nani menggeleng kepala. Habis la Ra’ed..


Sengaja Ammy datang kerja awal pagi ini. Sebelum masuk ke ofis sempat dia singgah ke kedai mamak. Ada misi yang mahu dilancarkan pagi ini. Khabar dari Nani semalam buat dia bersemangat hari ini. Mencuba tak salah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam! Duda kot.. takkan dia tak nak pandang anak dara ni?
Sekali lagi muka ditilik ke cermin kecil di dalam bedak compactnya. Bibir diketap lagi. Senyuman tergaris bila melihat penampilan wajah sendiri.
Eh, dia dah sampai!
Encik Ra’ed!” Langkah kaki Ra’ed terhenti. Dia kalih ke belakang.
Ammy terkocoh-kocoh dapatkannya.
Mak aiiih! AstagfirullahalAzim..
Encik Ra’ed, ni I belikan you teh tarik ikat tepi.” Tersipu–sipu Ammy menghulurkan sebungkus air teh. Memang tali plastik tu ikat tepi!
Huluran plastik berisi air teh tarik itu tidak bersambut. Tangan Ra’ed memicit pelipis dahi sendiri.
Boleh sesak nafas tengok si Ammy ni. Selalu tak macam ni pun. Gincu merah menyala! Dah macam traffic light. Dari jauh boleh nampak!
Encik Ra’ed!” Sergah Ammy bila melihat Ra’ed tiada respon dengan huluran air teh itu.
Lelaki itu mendongak pandangan, perlahan saja suaranya “Ammy, terima kasih. Tapi saya tak minum teh. Maaf.” Sedikit hampa hati Ammy. Tapi...
Eh? Encik Ra’ed..” Ra’ed yang mula menyambung langkah terhenti kembali.
Apa lagi?
Lagi satu Ammy, esok kurangkan gincu awak tu. Tak pakai lagi bagus. Sini bukan agensi modeling!” Bersahaja Ra’ed berkata. Nani yang baru keluar dari pantry ketap bibir menahan tawa. Dia nampak saat Ammy terkocoh-kocoh mengejar Ra’ed yang melintasi meja mereka. Sengaja dia berdiri situ memerhati.
Itu la Ammy.. salah orang yang awak nak masuk line tu!
Dan si Ammy melopong bila Ra’ed berjalan terus menuju ke biliknya.
Misi pertama gagal!


Ra’ed menghenyakkan punggung di kerusinya. Menghidupkan komputer riba sementara dia memeriksa diarinya. Hela nafas dilepaskan berat. Sempat fikirannya mengulang tayang perkara yang berlaku sebentar tadi. Tidak semena kepala dia menggeleng tapi kemudian bibirnya tersungging sendiri.
Tak minum teh tarik yer Ra’ed? Habis, yang selalu melangut kat kedai mamak dengan Shahrul tu apa? Bukan kau minum air keruh tu ke?
Ammy.. Ammy.. kenapa lah hari ni lain benar tingkah laku awak? Sudah la gincu bibir merah menyala, siap tapaukan teh tarik! Hailah.. harus ada udang di sebalik batu! Maaf, bukan tak nak tapi memang tak sudi!
Perlahan kertas berwarna putih lagi besar itu dibuka. Seluruh tumpuan ditumpukan kepada kertas itu, melakar menggunakan pensil. Nampaknya hari ni kena stayback siapkan yang mana belum selesai. Esok lusa sudah dateline, nanti mengamuk pulak big bos! Replika juga perlu disiapkan.
Kepada Nani sudah dipesan, supaya memanggil mereka yang terlibat dengan projek tersebut. Walau pun cuma berbaki 20% saja lagi, mereka tetap perlu bersama-sama hingga siap 100%. Siapa yang berani membantah arahan Ra’ed tanpa memberi alasan kukuh dan bernas? Fuhhh... kalau ada yang berani, memang terbaik la!
Yang mana dah berkeluarga sila bagitau pasangan masing-masing. Saya tak mahu awak bergaduh suami isteri pulak sebab balik lambat.”
Don’t worry encik Ra’ed, awal-awal saya dah bagitau. Biasakan kita memang stayback bila dah nak dekat dateline.So isteri saya memang dah tau dah.” Terang Azman. Dan Ra’ed hanya menganggukkan kepala bila mereka yang lain pun turut mengiakan kata-kata Azman.
Mereka cuma berhenti sebentar untuk solat dan makan tengahari. Itu pun Ra’ed sudah mengarahkan Nina untuk membeli makanan untuk mereka semua. Walaupun dia dingin, soal kebajikan staff bawahan dia, tidak terabai. Dan majoritinya memang mudah memberi kerjasama dengan Ra’ed.
Dah tu dapat makan free, siapa yang tak mahu? Ala.. duda tu, kalau orang tak buat salah tak adanya dia nak mengamuk tak tentu pasal! Dia ibarat harimau yang sedang tidur. Jangan sesekali usik kukunya, memang alamatnya kena baham!


Gegaran dari telefon bimbitnya mengganggu tumpuannya. Sekali gegaran tak diendahkan. Kali kedua telefonnya bergegar, dia hanya menoleh sekilas. Tiada gaya ingin menjawab panggilan tersebut. Apatah lagi tengah sibuk. Memang dia takkan jawab kalau si pemanggil itu bukan ahli keluarganya!
Bilamana telefon pintar itu terletak elok di atas meja sudah pasti menghasilkan bunyi apatah lagi gegaran itu berlanjutan tidak berhenti. Ra’ed tiada pilihan lain, melainkan menjawab si pemanggil. Apabila semua mata di dalam bilik itu memanggung kepala melihat telefon itu bersilih ganti memandang Ra’ed.
Can you stop calling me? I’m busy right now!” Ketegasan suara lelaki itu membuatkan lima orang lain yang berada di dalam bilik itu memanggungkan kepala dan semuanya memandang tepat kepada Ra’ed. Masing-masing menikus dan menunduk bila Ra’ed mematikan telefon.
Sorry guys.”
Siapa bos? Ex wife ke?” Nani bertanya berani.
Jangan sibuk! Buat kerja sendiri!”
Kepoh betul si Nani ni!
Eleh.. iyer le tu. Kalau muka dah macam asam kecut tu, mesti perempuan tak tau malu tu.
Dalam hati Ra’ed mendongkol marah. Time orang sibuk ni la dia nak mengacau! Tak ada kerja lain! Menyusahkan orang betul! Nak apa agaknya. Ish..mujur la dalam bilik ni ramai orang. Terpaksa menahan sabar. Kalau tak, memang dia dah kena dah.


Ra’ed melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir ke sembilan malam. Muka masing-masing pun dah letih, dari pagi terperuk di dalam bilik ni. Dia menyuruh mereka mengemas, sudah masa untuk balik ke rumah. Masing-masing sudah berkeluarga, bimbang pula ada yang muncung dan berlaku perang suami isteri. Walau bukan selalu.. tapi dia tak mahu, hanya kerana kerja yang perlu disiapkan ada staf dia yang berantakan.
Nani, awak datang kerja tadi suami hantar ke, datang sendiri?” Soal Ra’ed.
Suami hantar.” Ra’ed hanya mengangguk.
Bimbang, kalau suami hantar tak apa la.
Bos tanya Nani jer ke? Saya tak nak tanya?”Azman menyoal Ra’ed.
Ish.. Nani perempuan, keselamatan dia tanggungjawab saya. Sebab saya yang arah dia stayback. Kalau dia datang sendiri, saya nak follow kereta dia sampai rumah.”
Tahu.. tapi saya ni isteri saya yang hantar saya pergi kerja tiap-tiap hari bos.”
Kenapa? Isteri awak kerja kat mana?”
Dia fobia bawa kereta la bos. Sebab tu isteri dia yang hantar dan ambil dia.” Melopong mulut Ra’ed mendengar Nani bercerita.
Betul ke Man?” Tanya Ra’ed tak percaya.
Betul la bos. Saya pernah accident teruk dulu. Sejak tu saya tak bawa kereta. Nasib baik dapat bini yang memahami.Kalau tak mesti orang cakap saya pengecut.”Ra’ed senyum.
Betul la tu.. tapi orang lelaki tak reti bawa kereta bukan nampak pengecut tapi kurang macho!
Call isteri awak, tak payah datang. Balik dengan saya jer.”
Betul ke ni?”
Betul la! Ingat saya main-main?”
Huhu.. merasa naik kereta bos!”
Ceh!
Jangan nak poyo la Man.. saya pakai kereta biasa jer. Bukan bawa kereta mewah pun. Tak mampu saya ni.”Ra’ed mula menyimpan semua keperluan dia di satu sudut.
Ala bos, besar la tu.. berbanding kami ni.”Sampuk yang lain.
Dah jom balik. Jangan nak melalut semua.” Tegas suara Ra’ed. Makin dilayan berbual makin lambat balik ke rumah nanti. Gumam Ra’ed di dalam hati.
Bilik yang tadi terang sudah menjadi gelap. Pintu di kunci. Bersama-sama mereka melewati setiap kubikel. Cahaya malap di ruang pejabat yang besar itu menghadkan pandangan mata. Namun bila sampai di kubikel yang terletak di tengah-tengah itu, ada suara yang menyapa Ra’ed.
Encik Ra’ed..”
Azman yang terkejut sempat melatah, “Oh mak kau, hantu opis cun!” Agak kuat suaranya melatah.
Dan suara itu memaksa Ra’ed berhenti dan berkalih.







Post a Comment