Friday, June 3, 2016

Cinta Terindah Dari Langit



Teaser 2


Aku tak tahu berapa laju dia memandu untuk sampai ke sini. Pasti dia lajak sampai 150/km! Aduh, menyesal sungguh aku ni. Hajar kulihat sudah menjeling. Haruslah dia marahkan aku! Bermulut gatal beritahu Ariff pasal dia dan Sofea.
Tapi, ini untuk kebaikan dia dua beranak!
"Apa cerita ni Hajar? Kenapa boleh ada dekat sini dengan Sofea? Bukan ke cakap dengan mak nak balik rumah sendiri?" Soal Ariff bertubi-tubi seakan tidak memberi peluang langsung Hajar beralasan.
Melihatkan suasana agak tegang, aku cuba untuk berpamitan. Yalah, mereka tu sepupu. Lagipun ini dikira masalah keluarga mereka. Takkan aku nak duduk semeja untuk mendengar kisah Hajar? Walaupun aku sudah tahu, tapi tak elok rasanya aku turut serta.
"Saya masuk dulu ya?"
"Sit down!" Tegas suara Ariff membuatkan aku tak mampu menelan liur sendiri.
Dia ni kan... Dengan tunang sendiri pun nak layan garang-garang! Geram betul!
"Saya nak tengok Sofea." Aku masih cuba mencipta alasan. Padahal si comel itu sedang nyenyak tidur.
"Saya tak dengar Sofea menangis pun. Tak payah nak buat alasan!"
Cis!
Mata aku berlaga dengan mata Hajar. Ada sesuatu di matanya. Seakan isyarat 'padan dengan muka kau!'
Hela nafas aku lepaskan seraya duduk kembali bersama mereka.
"Kenapa keluar rumah tanpa izin suami?" Soal Ariff pada Hajar. Nampak sangat dia seakan marah tentang apa yang Hajar lakukan.
"Layakkah seorang isteri meminta izin pada suami yang menduakannya?"
Hajar dengan berani menjawab soalan Ariff. Soalan yang dijawab dengan soalan.
"Cakap dengan Tiar, dia buat apa?" Gesa Ariff.
Aku tahu, Ariff sengaja mahu Hajar bercerita. Dia mahu dengar sendiri daripada mulut Hajar!
"Jawab la apa yang Hajar tanya. Layakkah seorang suami dihormati setelah dia berlaku curang di depan mata?"
"Ini bukan soal layak atau tak layak. Ini soal hukum!"
Aku sedikit tersentak dengan suara Ariff. Bukan dia menjerit, tapi suaranya sedikit tinggi dan terlalu tegas! Tiba-tiba hati aku terasa kecut sendiri. Nanti bila kahwin, dia akan selalu tinggi suara jugakah?
Aduhai..
Post a Comment