Friday, June 3, 2016

Cinta Terindah Dari Langit



 Teaser 7 


Biasanya mereka yang dari skuad elit la. Bukan kata, anggota dari Grup Gerak Khas. PASKAL, PASKAU malah penembak tepat juga perlu melindungi identiti mereka daripada umum.” Aku hanya memandang wajah Ariff yang serius ketika ini. Suaranya lembut, tapi perlahan. Bimbang barangkali orang lain mendengar.
“Tapi kenapa?”
“Nia, bukan sikit perbelanjaaan untuk melatih mereka menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Andai orang umum tahu siapa mereka yang dikatakan ‘aset termahal’ itu, sudah tentulah ia sangat bahaya untuk kita. Dan anggota tersebut akan digugurkan dari pasukan kalau pengenalan diri dia terdedah kepada umum.”
Wow! Dasyatnya!
“Oh, patut la. Betul juga.. Hurmm.. kalau orang tau dia penembak tepat pastinya dia akan diintip ketika dia tidak bertugas. Time balik kampung ke, lepas tu pasti la dia akan dihapuskan oleh musuh.”
Aku mula menyatakan kronologi yang aku reka dan faham sendiri. Ariff hanya tersenyum mendengar… “Pandai pun. Lebih kurang macam tu la maksudnya. Mereka tu penting, sangat penting!”
“Awak pun penting Ariff. Mereka yang lain juga penting walaupun mereka bukan dari skuad elit. Meskipun mereka cuma anggota lain-lain pangkat. Sudah namanya tentera, mereka tetap penting bagi sebuah negara walaupun hanya sekadar prebet.” Pantas aku memotong kata-kata Ariff. Bagi aku, kesemua mereka sangat berharga!
Kali ini, senyum Ariff makin melebar apabila aku berkata begitu.
“Terharu saya, Nia. Terima kasih.” Aku tersipu malu apabila dia mengucapkan perkataan itu. Haiih, terasa gedik pulak aku senyum macam ni!

Post a Comment