Friday, June 3, 2016

Cinta Terindah Dari Langit



Teaser 8


"Ariff, sabar itu separuh daripada iman."
"Sebab bersabarlah saya jumpa Hajar dulu, bukan Iqram. Kalau ikutkan hati ni, memang teruk dia saya kerjakan!"
Aku pandang muka dia yang beriak serius. Hela nafasnya terlalu kasar menyapa telingaku. Dada sasanya berombak, amukkan amarah sedang membadai di hatinya!
"Ariff.."
"Hurm." Pendek saja sambutan suaranya.
"Saya tak suka lelaki baran."
"Saya ni baran ke di mata awak?" Aku menelan liur. Barankah dia?
"Ada saya tinggi suara dengan awak?"
Aku menggeleng kepala.
"Habis tu? Tang mana yang saya ni baran?" Soalnya lagi
"Awak terlalu bertegas. Macam tadi... dengan Hajar." Jawabku takut-takut.
Sungguh, aku mula cuak menjadi tunangan dia. Aku bimbang, apabila aku sah bersuamikan dia, tengkingan dan herdikan akan menjadi santapan harian. Tiba-tiba aku menjadi takut dengan Ariff.
"Hajar lain. Awak lain." Perlahan suaranya. Namun masih lagi agak keras padaku. Bebola mataku, tunak memandang dia tanpa berkalih.
Apa yang lain? Hajar tu membesar serumah dengan dia. Aku ni? Sah-sah orang luar.
"Tunggu saya salam kadi dulu. Baru awak tahu saya baran ke tak. Silap hari bulan awak tak kasi saya pergi kerja." Katanya sambil mengenyit mata padaku.
Eh?
Dia cakap apa ni?

Post a Comment