Friday, June 3, 2016

Setitis Kasih Selaut Sayang

Bab 1




Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Awal pagi lagi Irfan sudah bangkit. Air panas sudah dibancuhkan milo untuk si adik. Roti kosong juga sudah disapukan nutella. Kegemaran Nana! Semua sudah tersedia di atas meja.

Pintu bilik dijeling. Mengapa Nana tak keluar lagi? Bukan ke dia sudah siap dari tadi? Hati Irfan mula bertanda tanya.

Kakinya sudah berdiri di depan pintu bilik. Tombol juga sudah dipusing, saat tangannya menolak pintu; matanya jelas menangkap susuk tubuh si adik.

Ya Rabbi! Masih berdiri menghadap cermin?

“Nana? Kenapa tak keluar lagi?” Soal Irfan sambil berjalan mendapatkan Nana.

“A..abang. A..Adik tak..tak nak.”

Hurm.. Kalau Nana membahasakan diri dengan panggilan Adik, itu tanyanya Nana akan merayu manja!

“Adik, janganlah macam ni. Adik kena pergi sekolah.” Pujuk Irfan perlahan. Adik bongsunya itu tak boleh garang-garang!

“Tak..tak nak!” Nana menghentak kaki. Beria-ia dia tak mahu pergi ke sekolah.

“Kenapa adik tak nak pergi sekolah? Abang dah siapkan bekal adik ni tau.” Irfan masih memujuk perlahan.

Lelah yang mula terasa, cuba dibuang jauh. Sabar yang makin menyusut dikaut kembali agar jangan terus hilang. Melayan kerenah Nana, sabar itu paling utama.

“Na..Nana bo..bodoh. Nan..nanti cik..cikgu ma..marah Na..Nana.”

“Ya Allah Nana! Mana ada Nana bodoh! Nana istimewa sayang. Adik abang tak bodoh. Adik abang pandai! Allah jadikan Nana anak istimewa!” Tubuh kecil Nana diraih. Dipeluk erat so bongsu. Hati lelakinya sebak!

Ya, Nana bukan bodoh.

Nana bukan dungu.

Nana bukan buta huruf!

Nana boleh membaca.

Nana boleh berdikari.

Hanya satu...

Nana itu anak istimewa.

Nana dilahirkan sebagai anak lembam.

Allahuakhabar!

“Nana, Nana kena pergi sekolah sayang. Hari ni kan hari pertama Nana.” Irfan masih cuba memancing perasaan Nana. Agak sukar apabila Nini tiada. Adik nan seorang itu sudah pulang ke asrama.

“Na..Nana ta..kut.” Luah Nana lagi.

“Nana sayang, hari ni abang tak kerja. Abang tunggu Nana kat sekolah ya? Nanti rehat, kita makan sama-sama.” Bebola mata Nana tidak bergerak. Mata hitamnya tepat merenung mata Irfan. Perlahan-lahan bibir Nana koyak senyum.

“Jan..janji?” Jari kelengkeng Nana disuakan pada si Abang.

“Ya, abang janji.” Jari anak milik Irfan membengkok di jari kelengkeng Nana. Janji termeterai!

“Na..Nana sa..sayang a..abang!”

Tanpa segan, Nana merangkul tubuh Irfan. Dia tidak malu untuk mencium pipi si abang! Nur Hana.. Anak istimewa.Nur Hana kenangan terindah arwah ayah dan mak. Nur Hana menjadikan dia lelaki bertanggungjawab. Nur Hana dan Nur Hani tinggalan harta yang paling berharga!

Nini, berusia lima belas tahun. Nana baru menginjak ke usia sepuluh tahun. Mereka berdua harapan Irfan. Mereka berdua cinta hati Irfan. Amanah kedua orang tuanya.

“Abang pun sayang Nana. Sayang Nini.” Bibir Irfan tersenyum lebar.
Alhamdulillah, bisik hati Irfan.

“Kita sarapan dulu. Lepas tu pergi sekolah sekarang ya? Nanti Nana terlambat.”

“A..abang, ka..kak makan a..apa a..gaknya kan?” Irfan merenung Nana.

Siapa kata adiknya bodoh? Siapa kata Nana ini dungu? Tak. Nana boleh berfikir! Nana teringatkan Nini. Nana tanya si Nini makan apa di asrama?
Siapa yang kata lembam itu bodoh?

“Nana sayang, kakak kan dekat asrama. Mestilah kakak makan, makanan yang sekolah sediakan. Nana belajar pandai-pandai. Nanti boleh masuk asrama macam kakak.” Tudung si adik dikemaskan lagi. Nana nampak begitu comel!

“Ta..tak nak! Ka..kalau Nana ma..masuk as..rama, a..abang ting..gal so..rang-sorang! Na..Nana tak..tak nak ting..gal a..abang!”

Allah..

Nana..

Hati Irfan dilanda sebak lagi. Nana, mampu berfikir ke situ. Jelas adiknya mampu berfikir! Cuma percakapannya saja yang agak gagap!

Nana, abang takkan pergi mana-mana.

Hidup abang untuk adik-adik abang!

Hidup abang untuk Nana.

Hidup abang untuk Nini.



“Perhatikan apa?” Sapaan suara itu menyentakkan Jasmine.

“Tu.. Muda lagi ayah dia.” Pertanyaan untuknya dijawab dengan jujur. Sememangnya mereka berdua itu menjadi perhatian matanya sedari tadi.

“Oh. Itu Irfan, abang Nana. Bukan ayah dia.” Beritahu Cikgu Zura.

“Abang? Maknanya Nana tu anak yatim?” Bulat matanya memandang Cikgu Zura. Seakan tidak percaya apa yang didengarinya.

“Yatim lagi piatu.” Bibir Cikgu Zura koyak senyum. Tapi agak hambar sedikit.

“Allah.. Dah lama ke?” Soalnya lagi ingin tahu. Nana pelajarnya. Pada dia, dia harus tahu apa yang terjadi dengan pelajar itu. Lagipun dia masih baru di sini. 
 
“Baru juga. Tragedi kren runtuh di Mekah.”

Allahuakhbar..

Dada dia mengetat. Terasa sangat sukar untuk bernafas!

“Kedua-duanya mangsa trajedi tu. Irfan tu engineer. Terus berhenti balik sini. Dialah jaga adik-adik dia. Sorang lagi adik dia normal. Sekolah Sains Bandar Penawar.”

“Cikgu mana tahu?” Tanya dia lagi. Hati bagaikan dipaksa untuk mengetahui kisah Nana. Nana di matanya seperti takut-takut. Padahal, sudah beberapa tahun Nana bersekolah di sini.

“Dari Melati.” Jawab Cikgu Zura.

“Melati?”

“Eh, lupa. Jasmine baru pindah sini. Confirmlah tak kenal Melati tu. Melati Irdina tu mengajar sini dulu. Sekarang dah pindah mengikut suami. Dulu dia berjiran dengan keluarga Nana.”

“Habis tu, abang dia tak kerja lagi ke? Sayangnya berhenti jadi engineer tu.” 

Mata Jasmine masih di situ. Memandang Irfan yang sedang menyuap makanan ke mulut Nana. Hatinya tersentuh!

Seorang abang, mengambil tempat si ibu dan ayah. Sanggup berhenti kerja untuk si adik. Subhanallah. Pasti mereka mendapat didikan awal yang baik dari kedua-dua arwah ibubapa mereka.

“Irfan lebih sayangkan Nini dan Nana berbanding kerjayanya.”

Kolam mata Jasmine digenangi air. Hatinya serasa pilu. Betapa dia masih beruntung punya mak dan ayah. Sedangkan Nana, anak istimewa diuji dengan kehilangan orang tua mereka.

Nur Hana..

Nama Nana disebut-sebut hati kecil Jasmine. Entah mengapa, simpatinya melimpah ruah untuk Nana. Kali pertama melihat pelajarnya itu, Jasmine terasa sayu sendiri. Rupanya kisah hidup Nana tidak indah seperti orang lain. Kala umur pelajar lain seperti Nana, masih mendapat perhatian dari ibu dan ayah; Nana dijaga oleh abangnya.

Mata Jasmine pedih sendiri melihat Irfan mengesat pinggir bibir Nana. Si Adik tersenyum sambil menghulurkan bungkusan air sirap. Si abang menggeleng, tak mahu. Nana tetap mendekatkan penyedut minuman itu. Akhirnya Irfan menyedut juga air merah itu.

Mereka nampak terlalu rapat!

Nana...

Hati Jasmine menyebut lagi nama Nana.



"A...abang!" Jeritan Nana itu memeranjat Jasmine. Suara Nana bukan hanya menjerit, tetapi Nana menangis berteriak abang dia.

"Nana.. Kenapa ni?" Laju kaki Jasmine mendapatkan Nana yang sedang berdiri di tepi mejanya.

"A..abang! A...abang.." Makin lebat air mata Nana. Tangan Nana dicapai oleh Jasmine. Perlahan dia menarik Nana meminta untuk duduk kembali. 

Namun Nana menolak. Nana tetap memanggil abangnya.

"Nana, kenapa tak nak duduk? Cakap dengan cikgu, Nana kenapa?"

Eh?

Sebab ni ke Nana menangis?

"Nana, baju Nana berdarah. Nana uzur ke?"

"Na..Nana tak..tau." Makin teresak-esak Nana menangis.

"Syhhh, jangan menangis sayang.  Mari, kita pergi bilik air. Cikgu tengokkan."

"Tak..tak nak! Na..Nana nak..nak a..abang!" Suara Nana meninggi lagi. Tangan Jasmine ditepis.

"Ok, Cikgu telefon abang Nana. Cikgu suruh bawa baju Nana sekali ya?"

Perlahan Jasmine menenangkan Nana. Kaki dibawa ke meja mengajarnya. Telefon! Dia harus menelefon abang Nana. Buku catatan yang menyimpan semua nombor telefon para pelajarnya dibuka. Laju jari telunjuknya meniti di setiap nama. Akhirnya terhenti di sebaris nama; Nur Hana binti Ismail.

Terus saja jarinya menyentuh nombor di skrin telefonnya sendiri. Sambil telinga menanti talian bersambung, mata Jasmine tak lepas memandang Nana. Nana masih berdiri di sisi meja. Nana juga masih menangis!

“Hello, Assalammualaikum Encik Irfan.”


P/s: Tq 4 ur reading
Jangan lupa komen!







No comments: