Saturday, January 2, 2016

Aku Sayau Ke Nuan

Bab 1




“Iris, TMJ nak jumpa kau.”

“Hah?!”

“T..M..J?” Soal Iris tergagap-gagap.

“Iya. TMJ nak jumpa kau tu. Kau dah siap solat kan?” Laju kepala Iris mengangguk.

Ya, dia baru saja mengaminkan doanya sendiri ketika suara Jen menyapa tadi.

“TMJ?” Soal Iris tidak percaya.

“Ish.. Betullah! Kau boleh bangun tak dari sejadah tu? Kemas kain telekung tu.” Arah Jen apabila dia melihat Iris seakan tak mampu bangkit dari dudukan.

Dah kenapa dengan Iris ni? TMJ je kot yang nak jumpa dia. Bukannya puan pengarah hospital ni!

“TMJ? Tunku Mahkota Johor?”

“Oii, kau jangan nak perasan boleh tak? Bukan Tunku Mahkota Johor la! Doktor Tengku Mikhail Jufry!” Jen terlepas tawa. Geli hati melihat Iris sudah merah pipi.

Ceh! Patutlah dia macam terkejut benar bila kata TMJ nak jumpa. Aduhai, perasan sungguh si Iris ni ya? Desis Jen dalam hati.

“Hurm.. dia. Malas nak jumpa dia. Aku nak balik terus dah ni.”

Jen hanya memerhati Iris yang berlalu ke tempat penyangkut telekung. Sejadah yang telah berlipat, diletakkan di atas kabinet.

Tudung dibetulkan di hadapan cermin. Bibir yang agak kering dioleskan pelembab bibir. Bersahaja mukanya. Langsung tidak mempedulikan Jen yang sedang menanti di pintu.

“Iris, kau dengar tak? Cepatlah! TMJ tunggu.” Pintu surau makin terbuka luas setelah Iris melebarkan lagi bukaannya. Nasib baiklah tiada orang di surau. Kalau tidak, pasti akan jadi buah mulut orang!

“Cakap dengan dia, aku sibuk.”

“Sibuk apa Iris?”

Eh?

Kenapa suara Jen lain macam pulak ni?
Iris panggung kepala. Seraut wajah yang tiada garisan senyuman itu membuatkan Iris terkaku. Kakinya hanya sempat menyarung sebelah saja kasut. Kurang ajar betullah si Jen ni! Apasal tak cakap mamat ni ada kat tepi pintu ni? Hati Iris mendongkol geram.

“Sibuk apa? Bukan dah habis shift?” Soal lelaki itu lagi.

“Sibuklah! Sibuk nak balik!” Pantas kaki kirinya menyarung kasut.

Langkah kaki yang baru bermula itu dihadang dengan tubuh TMJ. Besar kelopak mata Iris melihat TMJ sudah berada betul-betul di hadapannya.

“Tepilah! Orang nak balik. Doktor ni kenapa?” Marah Iris. Jen hanya menggeleng kepala. Dia sungguh tak faham dengan dua orang manusia di hadapannya ni. Tak boleh bertemu! Ada saja yang mahu digaduhkan.

Bergaduh ke? Bukan.. TMJ tak pernah cari pasal dengan Iris. Tapi Iris yang alergik dengan lelaki dari keturunan kerabat itu. Tak tahu hujung pangkal, panas selalu, hujan pun tidak. Tapi Iris memang selalu berangin dengan TMJ.

“Kan saya kata nak jumpa. Tunggulah kejap.” Ujar TMJ.

“5 minit!” Tegas suara Iris.

“5 minit dengan awak mana cukup!”

“Aik? Tadi kata kejap aja kan?” Caras Iris. Dia memang cukup pantang kalau dah bagi betis nak paha ni!

“Dengan awak kena seumur hidup. Barulah puas hati saya.” Jen sudah ketawa mendengarkan TMJ berkata sebegitu. Namun TMJ hanya buat tak reti dengan kehadiran Jen itu.

Ah, lantaklah kalau Jen nak ketawakan aku. Ada aku kisah?

“Benci betul la dengan orang otak senteng ni! Balik lagi bagus.” Dengan pantas Iris membuka langkah. Tubuh TMJ terdorong sedikit ke belakang. Namun sempat juga lengan Iris dipaut.

“Tengku Mikhail Jufry! Jangan pandai ilmu kedoktoran saja, tapi adab dan susila tak reti nak jaga!” Lantang suara Iris menyebabkan TMJ melepaskan pautannya. Faham, apa yang dimaksudkan dengan teguran Iris itu.

Iris marah apabila dia menyentuh gadis itu. Tegas suaranya membuatkan TMJ diundang bersalah. Satu kepantangan bagi Iris. Pada dia, bercakap guna mulut. Bukan perlu menggerakkan tangan untuk bersentuhan.

“Sorry.” Ucap TMJ.

“Saya boleh caj doktor tau. Gangguan seksual!”

“Iris!”

“Iris!”

Jen dan TMJ serentak memanggil nama Iris. Iris bagaikan tidak mengendahkan panggilan mereka. Iris tiba-tiba melenting. Ya, salah doktor tinggi lampai itu. Dia tak sepatutnya menyentuh lengan si gadis. Tambahan pula tidak berlapik!

“Saya tak sengajalah, takkan nak report gangguan seksual! Bukannya saya tersentuh tempat lain.”

Merah padam muka TMJ. Sudahlah dia tu putih melepak, memang ketara sangat perubahan warna mukanya. Merah sebab marah? Atau malu bila dijerkah sebegitu oleh seorang jururawat?

Iris mendengus kasar. Bertambah rasa meluat di hati terhadap doktor lelaki di hadapannya.

“Mr Tengku patut tahu had Mr Tengku bersama kami..”

“Iris, berapa kali saya nak pesan. Jangan panggil saya Mr Tengku.” Tegur TMJ.

“Dah awak tu surgery surgeon, memanglah kena panggil Mr. Orthopedic surgeon pun panggil Mr.”

TMJ menggeleng. Bukan itu maksud dia!

“Tengku. Don’t call me Tengku! Berapa kali saya kena ingatkan awak. Darah dalam tubuh saya sama merah dengan darah awak. Bukannya darah saya berwarna biru macam belangkas!”

Serius saja nada suara TMJ. Dia cukup tak gemar, Iris memanggilnya Tengku. Tengku pada dia, hanya gelaran keturunan. Sama seperti gelaran Nik, Wan, Megat atau Abang serta Awang. Kerana itu, dia lebih suka disapa dengan Jufry. Tapi sukar mahu mendisiplinkan mulut mereka yang menyapanya. Tak seorang pun di hospital ini yang memanggilnya dengan nama Jufry. Mereka lebih suka menggunakan singkatan TMJ a.k.a Tengku Mikhail Jufry.

“Mana ada darah saya sama dengan Mr Tengku. Darah saya A+. Mr Tengku punya blood group, tak pula saya tahu dan tak nak ambil tahu pun.” TMJ ketap bibir. Geram! Iris seorang yang berani menjawab kata-kata dia!

“Korang ni lama lagi ke nak bergaduh? Aku nak baliklah!”

“Shut up Jen!” Serentak TMJ dan Iris menyebut.

“E’eh, aku pulak yang korang suruh senyap! Korang tu yang patut tengok kiri kanan tau tak? Lupa ke korang kat mana? Depan surau pun nak bertekak. Memanglah surau perempuan ni tak ada orang kat dalam. Tu.. Cuba korang tengok sebelah sana.” Mata Iris mengikut muncung bibir si Jen.

Oh ooo..

“Boleh kira kasut depan surau lelaki tu ada berapa pasang?” TMJ gigit bibir. Dikerlingnya Iris, gadis itu juga menggigit pinggir bibirnya!

Aduh, sapa yang tengah sembahyang kat dalam surau tu? Jangan HOD OT ni sudahlah! Buat malu saja! Gumam TMJ.

“Jomlah kita balik. Buang masa aja melayan orang otak senteng ni.” Tangan Jen ditarik oleh Iris. Dia mahu cepat meninggalkan koridor di hadapan surau itu. Sebolehnya dia tak mahu terserempak dengan mana-mana lelaki yang keluar dari surau tersebut.

“Dah dua kali tau awak panggil saya otak senteng. Sampai hati awak. Awak ingat senang ke buat medik? Awak fikir mudah ke sambung Masters? Semudah petik jari aja ke bergelar pakar pembedahan?” Suara TMJ mendatar. Kecil hati barangkali dengan Iris. Langkah Iris termati mendengar suara doktor lelaki tersebut.

Iris.. Mana dia kisahkan doktor itu!

“Sebab susahlah otak awak jadi mereng! Banyak sangat belajar, sampai tak reti nak jaga soal batas sentuhan. Ini pertama dan terakhir TMJ, sekali lagi awak sentuh saya; saya akan report ke kementerian! Peduli apa saya dengan status awak.”

Terus saja Iris melelar tangan Jen supaya mengikut langkahnya. TMJ yang bengang mula menyumpah di dalam hati.

Damn!

Kenapa awak suka sangat mencabar perasaan saya Iris? Mengapa awak bagaikan selalu mencari kesalahan saya? Sebenarnya apa yang menyebabkan awak langsung tak boleh berlembut dengan saya, walaupun hanya dengan percakapan?

“Kau kenapa wei? Tak baiklah buat macam kat dia.” Tegur Jen tika dia membuka loker.

Iris hanya diam sambil melurutkan tudungnya. Pakaian seragam putihnya yang tergantung diambil. Lalu dia masuk ke bilik persalinan yang paling hujung. Tak sampai lima minit, dia sudah keluar. Baju dan seluar berwarna biru itu dicampakkan ke dalam karung hijau yang tersedia.

Kemudian dia berdiri pula di depan cermin besar di singki. Seusai dia menyarung tudung putih bertanda biru melintang di atas kepala, Iris mencuci tangan mengikut prinsip yang telah dipraktikan sepanjang dia bergelar jururawat terlatih.

Pertanyaan Jen langsung tidak menjawab. Si gadis iban hanya menggeleng. Dia tahu, angin teman baiknya itu sudah tidak sepoi-sepoi bahasa. Sekelip mata sudah menjadi ribut taufan. Asal dengan TMJ, Junisia Iris akan selalu berubah angin!

“Iris...”

“Diam Jen, aku lapar sangat sekarang. Aku scrub satu shift hari ni.” Tegas Iris bersuara menegur Jen.

Mendengarkan apa yang Iris katakan itu, Jen terus mengunci mulutnya. Tapi mindanya sedang berfikir ligat.

Bukankah pagi tadi Iris beli sarapan? Selalunya dia cukup hanya dengan bersarapan kalau bekerja shift pagi. Jangan-jangan.... Sebab inikah? Mata Jen mengerling bungkusan yang sedang dijinjit.

“Iris, kau tak sempat makan ke makanan kau?” Tanya Jen mahukan kepastian.

“Tak ada rezeki. Laksa aku tumpah, orang langgar.” Jawapan Iris itu membuatkan Jen menoleh lagi pada tangan yang memegang plastik bungkusan itu.

Hurmmm... Confirm! Patut pun taufan melanda hari ni!

Iris vs TMJ ibarat Tom and Jerry!

7 comments:

belladaud said...

Next ...please..

Aina Hamra said...

Inshaa-Allah, sy cuba usahakannya.Thanks baca & komen.

Unknown said...

Lagi sis

Unknown said...

Lagi sis

anishahuda said...

good intro kak. please sambung lagi.

Aina Hamra said...

Sabar ya

Aina Hamra said...

Tq. Inshaa-Allah.