Wednesday, March 4, 2015

CINTA SI TUKANG SOLEK


CINTA SI TUKANG SOLEK



Melihat telefon yang sedang menjerit minta diangkat membantutkan pembacaan dia pada fail di hadapannya. Cika... nama yang tertera di skrin telefonnya. Sekali deringan dibiarkan. Kali kedua dibiarkan lagi. Akhirnya dia mengaku kalah untuk deringan yang ketiga.

"Hello.. Cika.."

"Hello Assalammualaikum abang Fifi." Terdiam sebentar dia. Tahu Cika perli dia.

"Waalaikummusalam.." dia ketawa kecil. Menutup rasa malu.

"Abang Fifi sibuk tak?"

"Cika.. Abang Fifi lagi? Kan I dah cakap. Don't call me like that." Penat membantah. Tapi tuan punya badan di sebelah sana tetap berdegil.

"Haippp, jangan marah.. nanti kena jual. Cika nak minta tolong ni. Cika stuck kat Kota lagi ni." Pantas Cika bersuara. Malas mahu dengar Fifi membebel. Dia telefon sebab nak minta tolong bukan nak dengar bebelan si Fifi.

"Kota kat mana? You nak minta tolong apa?" Kesian pula dengar suara Cika. Jarang dia minta tolong kalau tak betul-betul terdesak.

"Cika kat Felda Bukit Aping Timur ni. Kan Cika da email scheduling pada Abang Fifi. Tak tengok ke?" Err.. email? Alamak lupa tengok. Fifi ketap bibir. Fuh nasib dalam telefon. Tangan melurut dada.

"Maybe I terlepas pandang kot job yang kat Kota Tinggi ni. So you nak minta tolong apa?"

"Abang Fifi tolong pergi ambil baju baru kat Butik Anne. Anne kata baju dah siap. Esok customer nak datang fitting." Laju Cika bersuara. Sempat dia berdoa agar Fifi sanggup tolong pergi ke Butik Anne.

"You ni.. staff yang lain mana?" Tahu dah.. Fifi tak kan mahunya pergi ke Butik Anne.

"Mana ada staff lain. Kan Leya ikut Cika. Shasha ada job kat Skudai. Farah je la yang jaga butik."

"Tolong la Abang Fifi.. Cika tak sempat ni. Anne tutup butik pukul tujuh malam. Sekarang dah pukul lima. Tolong la.. pleaseeeee...." Merayu-rayu Cika agar Fifi pergi ke Butik Anne. Keluhan jelas kedengaran dari telefonnya. Keluhan dari Fifi.

"Tolong la Abang Fifi.. Cika betul - betul tak sempat ni."

"Berapa kali I nak cakap? Tak faham bahasa ea? Kenapa panggil Abang Fifi sedangkan kita sebaya. Stop calling me Abang Fifi!my name is Lutfi Ibtihaj. You kalau degil.. I tarik diri dari jadi partner you kat Syurga Idaman Bridal tu. I tak peduli.." hangat hati betul la tu... menyampah ya Lutfi telinga yang mendengar nama Fifi tu.

"Ok la.. Cika tak panggil lagi. Cika panggil Lutfi ea? Boleh tak ni pergi ambil baju? Kalau tak boleh esok customer tu bising Cika suruh Lutfi yang jawab. Cika tak mahu jawab. Janji Cika dah bagitau Lutfi." Cika terus letak telefon. Sunyi sepi sudah.

'Adoi Cika... kenapa la aku yang kena pergi ambil baju tu????'


Lutfi Ibtihaj mencapai kunci keretanya dan terus keluar dari bilik kerja. Pintu besar rumahnya turut dikunci. Penggera kereta dipicit. Terus dia melompat ke dalam Pesona merahnya. Dengan pantas dia mengundurkan kereta dan meninggalkan rumah. 

Mahu bantah? Tak ada maknanya la. Buatnya customer tu betul-betul bising, haru jadinya! 

Ya, selama ni memang Lutfi Ibtihaj rakan kongsi di Syurga Idaman Bridal. Tapi dia lebih kepada sleeping partner. Namun semua perkembangan Syurga Idaman dia tahu. Cika akan email semua jadual tempahan andaman di Syurga Idaman. Begitu juga pereka yang akan siapkan busana pengantin milik Syurga Idaman. Anne satu-satunya pereka busana mereka. Mereka serasi bekerjasama. 

Sekarang Lutfi atau lebih mesra di bibir Cika sebagai Fifi menuju ke Butik Anne yang terletak di Larkin Idaman. Dipaksa dalam senyap oleh Cika. Terpaksa dengan terang oleh Lutfi. Mana ada pilihan lain! 


 Cermin mata hitam berjenama Ryben masih elok terletak di atas batang hidungnya. Kaki diatur melangkah masuk Butik Anne. Bunyi dentingan loceng akibat pernolakan pintu kaca itu menyebabkan seorang gadis menoleh. 

Gadis tersebut sedang menjahit manik pada sepasang busana berwarna hijau pucuk pisang. Tapi jari yang sedang menarik benang itu terhenti bila Lutfi menyapa dengan memberi salam.

“Assalammualaikum..”

“Wa’alaikummusalam. Selamat datang ke Butik Anne. Boleh saya bantu Encik?” sopan gadis itu menyambut salam beserta tagline sekali.

“Saya nak jumpa dengan Anne. Dia ada?” mata ralit mencuri pandang gadis tersebut dari sebalik Ryben hitamnya.

“Anne tak de la Encik. Baru saja dia keluar. Boleh saya tahu nama Encik.”cis, Anne tak de la pulak.. dia ni budak baru ke? Tak de pulak Cika cakap apa-apa.

“Saya dari Syurga Idaman Bridal. Saya nak ambil baju yang dah siap.” Anne takde, terpaksa juga dia sebut Syurga Idaman Bridal tu. Kalau dengan Anne , tak perlu nak perkenalkan diri Anne sememangnya kenal dia.

“Syurga Idaman Bridal? Nama encik siapa?” hairan gadis itu melihat Lutfi. Dari atas hingga bawah dia menilik figura di hadapannya ini.

“Tihaj.. Ibtihaj.”berkerut gadis itu mendengar nama yang diungkapkan oleh Lutfi. Betul ke ni?

“Betul ke ni Encik Tihaj dari Syurga Idaman Bridal?” seolah-olah tidak percaya. Ish tak boleh percaya ni. Dia tak nampak pun seperti orang dari Syurga Idaman Bridal tu. Tapi gadis bersikap profesional.

“Kenapa? Tak percaya? Kalau tak percaya call Anne sekarang!” ishh.. kita sudah lah datang jauh-jauh, dia was-was nak bagi baju tu pulak!

“Sebentar ya? Saya confirmkan dengan Anne dulu. Encik silalah duduk dulu ya?” Gadis tersebut melangkah pergi ke kaunter untuk menelefon Anne barangkali. Lutfi sudah duduk di kerusi tetamu memerhati sekeliling ruang Butik Anne itu. Cantik....

"Anne, Betul ke Surga Idaman Bridal hantar Tihaj untuk collect baju?"

"Ermm.. aa... aku call Cika je la tanya. betul ke tak staff dia yang datang ni." Gadis itu meletakkan telefon. ya la.. siapa nak bagi?baju tu untuk customer mereka dari Syurga Idaman Bridal. Setahu dia Syurga Idaman Bridal tak de staff nama Ibtihaj. Tapi lelaki tadi cakap nama dia Ibtihaj.

"Hello...Cika. Moon ni. Nak tanya la, kau ada staff nama Tihaj ke?"

"Tihaj? kenapa?" kehairanan dari pihak sebelah sana.

"Dia cakap dia dari Syurga Idaman, nama dia Tihaj. Err Ibtihaj tapi dia keras macam kayu je.. bukan sotong macam kau." Moon gelak tapi cuma sebentar bila telefon yang sedang melekap ditelinga dicapai orang.

"Cika, cakap dekat Moon secantik rembulan ni, serahkan baju yang dah siap tu pada I.Dah lama dah I tunggu ni. Lagi satu cakap kat dia, lembut bukan sotong, keras bukan kayu." Kelu lidah dari berkata-kata. 

Itulah Moon.. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kan dah kena smash kencang tu! 

Tak perlu menunggu lama, Moon sudah menghilang. Malu kena sebiji tadi. Merah padam mukanya saat menghulurkan baju pengantin pada Tihaj.

"Encik Tihaj, sorry.." perlahan saja bicaranya tapi masih singgah ke gegendang telinga Tihaj. 

Tiada balasan kata, hanya jelingan tajam yang meninggalkan kesan di hati Moon. oh, rasa bersalah sungguh dengan kelantangan suara sendiri!


Permintaan Cika tadi membuatkan Tihaj fikir panjang. Keluhan dilepaskan. Kepala rasa memberat, pening bila hati lebih kesiankan Cika sebenarnya. Tak menang tangan menguruskan Syurga Idaman Bridal mereka. 

Sekarang job makin bertambah. Ramai yang suka dengan gaya solekan Cika. Koleksi busana pengantin mereka juga cantik-cantik. Malah ramai yang suka berurusan dengan Syurga Idaman Bridal kerana mereka menyediakan pakej lengkap hingga ke kasut pengantin.

Perlahan-lahan mereka membawa masuk pakej katering sekali. Lengkap! Tak perlu bakal pengantin mencari di tempat lain lagi.

Sekarang, Cika mahu dia belajar menyolek. Kata Cika sebagai back up kalau dapat job yang bertindih nanti. Yer lah mereka sekarang ada tujuh pelamin dan enam jurusolek, tak cukup seorang. 

Lebih baik Tihaj yang belajar kan? Nanti mereka bolehlah terima job walaupun bertindih. Bukan tamak, tapi kalau sudah ada kelengkapan dan kemahiran apa salahnya kan? Rezeki...

"I tak nak la Cika. I ni lelaki tulen ok? Tak kan I nak pengang berus melayangkan blusher di pipi orang perempuan? Lain la  you.. you tu 'adik-adik'!" 

Amboi Lutfi Ibtihaj! Mulut awak.. tak agak-agak yer?

"You.. tak baik tau you cakap macam tu kat I. Dah Allah jadikan I lelaki lembut I nak buat macam mana? Lembut I semulajadi  tau! Bukan I sengaja buat-buat. Lagipun bukannya I ni tak ada nafsu ok? Nafsu I tetap seorang lelaki tau. Sorry.. I bukan songsang macam you fikir tu." 

Ala.. Cika sudah merajuk! Habis la Tihaj.. keluarkan lah ilmu memujuk awak tu!

"Ahmad Ashraf! Ada I kata you songsang? Ada? I cuma kata adik-adik jer kan?" 

"Yer la.. bukan itu gelarannya yang selalu orang berikan pada lelaki lembut macam I? I suruh you belajar, untuk masa depan bridal kita. Apa yang you takut sangat setakat nak make upkan orang? Takut batal air sembahyang you? Kan boleh guna glove? I sendiri pakai glove tau. So memang you tak tersentuh kulit la. Kan kita ada pembantu perempuan, segala touch up baju semua pembantu kita yang uruskan. You cuma jadi tukang solek jer." 

Diam terus Tihaj yang mendengar. Rasa bersalah pulak dengan Cika. Orang kata, hasil kerja lelaki ni, lebih halus dan kemas. Apa salahnya kalau mencuba dulu?

"Ok la. Tapi I nak you yang ajar I sendiri. I tak mahu Leya yang ajar." Senyum lebar Cika. Alah.. hal kecil la bro. 

"Percayalah cakap I.. you akan suka dengan kerja ni! Silap hari bulan you berhenti mengajar tau! Syok punya pasal make up kan orang." Tak mahu la berhenti kerja. Setakat part time tu boleh la.. 

"Bila you nak start ajar I?" Eh! tak sabar pulak ea Tihaj?

"Sekarang. Farah, come here sayang!" Geli betul la Cika ni, staff sendiri nak dipanggil sayang. 

Sesi pembelajaran bermula dengan pengenalan segala peralatan solek. Bermula dengan sekecil kecil berus hingga le sebesar besar berus. Span begitu juga. Kemudian beralih pula pada foundation, ada beberapa ton warna. Harus tahu pilih untuk kulit pengantin. Bedak begitu juga. Celak terbahagi pada dua. Celak pensil dan cecair. Segala warna pembayang mata ditunjukkan Cika. Pemerah pipi, lipstick, bulu mata wajib ada!

Berkerut dahi Tihaj melihat Cika melumurkan ais batu di muka Farah."Eh, kenapa you letak ais kat muka dulu?"hairan pulak. Sejuk tu..

"Ini untuk make up you tahan lama. Lepas you lumur ais ni, you jangan lap. Biar dia serap sendiri. Faham? Lepas tu you sapu foundation ni sikit-sikit then you ratakan. Sebelum tu you letakkan span ni kat jari kelengkeng you." Suara seiring dengan perbuatan. Tiha hanya mampu melihat span sudah tergantung di jari bongsu tangan kanannya.

"Kenapa buat macam ni?"

"Ini supaya, tempat yang you dah touch up, tak bercapuk bila kena bahagian tangan you yang lain. Nanti you kena asyik touch up. Risikonya make up you jadi tak sekata." Tihaj mengangguk.. tanda faham dengan ajaran Cika.

 Setelah hampir tiga jam Tihaj menyolek muka Farah dengan tunjuk ajar Cika. Terjerit kecil Farah melihat perubahan muka sendiri di cermin. Hasil sentuhan Lutfi Ibtihaj yang keras kejung. Memang halus. Macam professional! Mamat kejung ni memang cerewet, tak hairan kalau hasil dia memang superb!

"See.. I tau you boleh buat lagi cun dari yang ini. Memang gempak la sentuhan you. You boleh ikut I nanti.. belajar lagi sampai you betul-betul yakin you boleh handle job ni. Lepas tu baru I lepaskan you ok?" Cika sangat berpuas hati dengan sentuhan Tihaj. Mata melirik Farah yang nampak cantik. Sebelum ni pun cantik, bila make up lagi nampak cantik.

"Tihaj, awak belajar cepat-cepat. Nanti saya kahwin awak make upkan ea?! Saya booking siap-siap ni." Amboi, terus di booking? Kelas you Tihaj!

"Eh betul ke you nak kahwin?" Terkejut. 

"Ye la. Saya nak kahwin dengan Yayang  hujung tahun ni. Kan Yayang? Tak percaya pulak dia ni." Melopong mulut Tihaj bila melihat Cika senyum melirik. Yayang tu Cika ke? Adeh.. rasa nak pitam!

"You ni kenapa? Ingat I ni tak de nafsu nak kahwin ke? Hello, I lelaki tulen ok? ingat I ni nafsu sonsang ke?" Farah ketawa. Geli hati tengok reaksi terkejut Tihaj. Cika memang tak panggil Fifi lagi, sejak lelaki itu ingin tarik diri dari jadi rakan kongsi Syurga Idaman Bridal. Cika ikutkan saja bila Tihaj menginginkan begitu. Nanti betul betul Tihaj tarik diri macam mana? Haru jadinya nanti!

"Tak de la.. terkejut jer. Bila masa you bercinta? I tak tahu pun." Jauh hati. Padahal kata bff. Hari ni baru tahu mereka nak kahwin.

"Alah.. kalau I beritahu you, you gelakkan I. I kan lelaki lembut. Bercinta pulak dengan Farah. Mestilah you ketawakan I kan? Janganlah kecil hati.. I rahsiakan dari you, sebab tak mahu jadi bahan ketawa. Itu jer." 

"Ahmad Ashraf, sepanjang I kawan dengan you ada pernah I ketawakan you? You ni bercakap tak fikir panjang lah!" Ok.. kalau Tihaj sudah menyebut nama penuh Cika itu tandanya dia marah!

"Ala.. darling. You jangan la merajuk! I tahu you bff yang paling lama. Yang paling sabar dengan I. Semua orang tak nak kawan dengan I masa sekolah dulu. Semua kutuk I pondan. Tapi you sorang jer yang kawan dengan I. I really appreciate! I tak pernah lupa la. I nak buat surprise kat you sebenarnya. Tapi sayang I ni memang kepoh la. Tak menyabar!" Farah yang tersengih dijeling. 

Tihaj tersenyum. Hurm..tak ambil hati pun saja nak tengok mereka berdua ni. Sekurangnya ada yang boleh terima Cika dengan hati yang terbuka seperti dia. Ya, Cika memang lembut semulajadi bukan dia sengaja buat-buat. Dulu Cika kata, masa ibunya mengandung, ibunya terlalu inginkan anak perempuan. Tapi bila lahir dia lelaki. Entah betul atau tidak  cerita si Cika tu hanya dia saja yang tahu.

Mereka sama-sama cerewet. Sebab itu serasi berkawan bersama. Tihaj, lelaki keras kejung yang amat payah untuk perempuan dekati. Ada saja yang tak kena seleranya. Yang itu nampak serabai la. Yang ini tak pandai bergaya la. Perempuan tu kasar la. Perempuan ni mengada-ngada la.

Payah betul nak jumpa perempuan yang memenuhi senarai ciri-ciri calon isteri buat Lutfi Ibtihaj. Tapi sejak akhir-akhir ini, Cika perasan Tihaj rajin offer diri  untuk ambil busana pengantin mereka yang dah siap dari butik Anne. 

Adakah seseorang dari butik Anne berjaya curi perhatian Tihaj? Memang Cika perhatikan gerak geri Tihaj dalam diam, lelaki itu saja yang tak perasan. 

Mahu tak perasan, asyik tanya "Tak ada baju yang nak pergi ambil dari Anne ke?"

Ceh, orang tak sekolah pun boleh tahu la Tihaj, you pergi butik Anne nak tengok seseorang. Tapi siapa? Itu yang menjadi persoalan yang masih belum terjawab.


Sejak terjebak dengan dunia solekan dan gubahan hantaran ni, Tihaj makin seronok bergelar tukang solek separuh masa. Farah memberi sepenuh kepercayaan pada Tihaj untuk menguruskan persiapan kahwin di pihak Farah. 

Dari gubahan hantaran hingga ke solekan pada hari nikah dan resepsi, semuanya dia mahu hasil sentuhan Tihaj. Majlis perkahwinan Cika dan Farah akan berlangsung di Teratak Kasih. 

Sebuah rumah besar berkonsepkan rumah tradisional yang direka khas oleh salah seorang kenalan mereka, Ra'ed Sayyaf. Teratak Kasih tercetus bila ramai yang bertanya mengenai dewan lain bila dewan di sekitar tempat bakal pengatin sudah penuh. 

JB, bandaraya yang pesat dengan kebanyakan flat, apartment dan taman perumahan. Zaman sekarang jarang dah orang buat majlis perkahwinan di rumah. Tiada istilah gotong royong seperti di kebanyakan majlis yang berlangsung di felda. Semua guna katering, guna katering pun.. rumah bersepah juga. Sebab itu ramai yang melangsungkan majlis di dewan. Sediakan saja duitnya!

"You ni Farah, terkejar kejar I tau! Mujur Teratak Kasih ni you all yang rasmikan. Kalau you buat dekat rumah you, pengsan I. Sudah lah Yayang you merengek suruh I jadi pengapit dia. Terpaksa la you duduk dalam bilik ni lama-lama lepas I siap make up ni. You dah makan kenyang-kenyang tak? Nanti pengsan pulak you ni." Tangan yang sedia tersarung sarung tangan getah mula mengatur kening Farah.

"Dah la.. saya dah makan dengan Yayang tadi. Awak asal lambat sampai?" 

Tadi sepatutnya team Syurga Idaman makan bersama-sama sebelum mereka memulakan kerja masing-masing. Tapi Tihaj tiada. Entah ke mana lesapnya tak seorang yang tahu.

"I breakfast dengan buah hati la. I pun ada buah hati jugak. Ingat you je ada?" 

"Eh, sape? Wah gempak ni! Tihaj tukang solek kejung Syurga Idaman Bridal ada buah hati!" tak percaya, tapi itu yang keluar sendiri dari mulut lelaki ini.

"Ada la.. nanti you tengok yang baju sedondon dengan I, tu lah buah hati I. Dah tutup mulut you, I nak start make up dah ni."

Ceh, tak sempat nak korek rahsia mamat ni. Mata Farah terpejam mengikut arahan Tihaj.

"Farah!!! Tahniah darling!" Berus yang sedang dilayangkan di pipi Farah terpelanting ke lantai. Terkejut. Alamak suara tu. Kenapa dia datang awal sangat? Liur ditelan, dada berdebar kencang. Janganlah jadi apa-apa kat sini....

"Hei, Tihaj!!!! Awak tukang solek?!" Tiba-tiba suara gadis itu senyap. Sebelum tubuhnya jatuh ke lantai, sempat Tihaj memaut pinggang gadis itu. Alahai.. terkejut sampai pengsan!

"Baby! Baby bangunlah! Eh, Leya tolong lah I, you tercegat kat situ buat apa?" 

Jari Tihaj menampar lembut pipi gadis itu. Leya yang tercengang terus ambil air batu lebihan Tihaj gunakan tadi. Dilumurkan ke muka gadis itu. Si pengantin sudah terkaku di kerusi. 

Drama apa ni? 

Baby? 

Tapi yang pengsan ni kan pengapit dia hari ni. Ini ke buah hati Tihaj? Diteliti kebaya labuh yang tersarung di tubuh gadis itu, berwarna birus firus. Tema majlis perkahwinan ini. Baju melayu Tihaj juga berwarna biru firus. Sama, eh sudah tentulah mereka pengapit.  Mestilah sama! 

"Tihaj, saya rasa nak muntah. Macam nak pitam!" 

Habis... lagi sorang! 

Jeritan Tihaj yang memanggil Cika di bilik sebelah menyebabkan suasana jadi kalut. 



"You, apa yang you dah buat ni? Tak pernah lagi bakal pengantin solekkan sendiri bakal isteri dia. Gila la you ni!" Bebel Cika. Moon ni pun satu, ikut jer idea gila Tihaj. 

"Alah, awal lagi ni.. nanti I salin jer baju kat bilik sebelah." 

Bilik yang sama, tempat yang sama dan sekali lagi  orang penting Syurga Idaman Bridal melangsungkan perkahwinan di Teratak Kasih. Bezanya bakal pengantin bukan staf Syurga Idaman Bridal tetapi share partner Butik Anne. 

Munierah Izzatty yang selalu dipanggil Moon oleh mereka yang rapat dengannya. Moon yang berjaya menepati ciri-ciri calon isteri untuk Luthfi Ibtihaj. Entah bila masa cinta berputik antara mereka tiada siapa yang tahu. 

Bagi Moon, menerima cinta si tukang solek ini, bukan lah sesuatu yang sukar. Dia pengsan dalam bilik ini dulu hanya kerana dia terperanjat melihat Tihaj yang keras macam kayu, lelaki yang seperti tiada perasaan pada perempuan sedang melayangkan pemerah pipi di pipi Farah. 

Haruslah dia pengsan, Luthfi Ibtihaj yang berkumis dan berjanggut sejemput, seorang cikgu sekolah menengah sedang menyolek kawannya?! Sukar mahu percaya cinta hatinya tukang solek! Hailah... 

"Ok baby, done! Farah, you pakaikan Moon tudung eh, I nak pergi salin baju."
Farah menggeleng sambil menekup mulutnya. 

"Saya peninglah, awak panggil Leya."

Tak sempat Tihaj berkata balas, Farah sudah lari ke bilik air yang terdapat di dalam bilik itu. 

La.. pasal apa pulak ni. 

Cika cepat-cepat menemankan Farah sambil mengurut perlahan belakang badan isterinya itu.

"Tak pe lah abang, Moon boleh pakai sendiri. Nanti Moon suruh Cika betulkan aje. Farah mabuk tu."

"Mabuk? Farah pregnant?!" Moon senyum sambil mengangguk. Terkelip-kelip mata Tihaj.

"Eh baby, baru sebulan dorang kahwin. Dah pregnant?" 

Boleh tahan penangan cinta si tukang solek lembut tu! Ish..rasa tercabar ni. 

"Perkiraan hamil ikut minggu la.. bukan ikut bulan. Dah rezeki Allah bagi awal, apa mahu dihairankan? Begitu juga cinta kan, Ahmad Ashraf lelaki lembut, Luthfi Ibtihaj lelaki sasa kononnya, tapi sama-sama jadi tukang solek pengantin. Tukang solek hanya bidang kerja. Tapi cinta anugerah Illahi. Fitrah manusia, tak kira kita lembut atau keras kejung yang penting hati yang dicintai dan menyintai." Moon tersenyum manis. 

"Terima kasih baby, terima cinta abang.In shaa Allah, selagi Allah memberi izin abang bernafas, selagi itu abang akan berdoa cinta di hati ini hanya untuk Munierah Izzatty abang." Ucap Tihaj sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

Ya.. cinta anugerah Illahi. Semoga cinta ini akan terus mekar dan mewangi.. Amin.


TAMAT

No comments: